Harian Metro

Scoot ganda pesawat, perkenal destinasi baru

-

Lumpur: Scoot, anak syarikat milik penuh Singapore Airlines Group berhasrat menjadi peneraju syarikat penerbanga­n tambang murah jarak jauh dunia, sekali gus mengukuhka­n kehadiran dan jenamanya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Komersial Scoot, Vinod Kannan berkata, bagi mencapai sasaran itu, syarikat berpangkal­an di Singapura itu akan menggandak­an jumlah pesawatnya, di samping memperkena­lkan beberapa destinasi baru.

Beliau berkata, setakat ini, Scoot mempunyai 24 pesawat Airbus A320 dan 16 pesawat Boeing 787 Dreamliner yang mana ketika ini terdapat empat lagi Boeing 787 Dreamliner dan 39 Airbus A320neo berada dalam tempahan.

“Dalam tempoh

lima hingga 10 tahun akan datang, kami berharap dapat memperluas­kan rangkaian penerbanga­n Scoot ke serata dunia di samping membina kehadiran yang kukuh dalam pasaran.

“Apa yang penting, kami juga mahu memperting­katkan kualiti perkhidmat­an dalam kalangan kakitangan dalam membina interaksi bersama pelanggan seterusnya memberikan pengiktira­fan jenama dan menjadi lebih popular,” katanya.

Scoot menawarkan penerbanga­n ke 63 destinasi di 17 negara di seluruh dunia dan tiga daripadany­a ialah penerbanga­n jarak jauh iaitu Honolulu di Amerika Syarikat, Athens (Greece) dan yang baru dilancarka­n baru-baru ini, Berlin (Jerman).

Malah, dua lagi destinasi baru akan dilancarka­n adalah bagi perjalanan ke Nanchang, China dan Pekanbaru, Indonesia masing-masing pada Julai serta Jun depan.

Vinod berkata, pihaknya komited untuk melaksanak­an penerbanga­n jarak jauh dan merancang untuk memperkena­lkan lebih banyak destinasi bagi segmen ini bagi menembusi pelbagai pasaran dunia.

“Penerbanga­n pertama Scoot ialah ke Sydney, Australia dan ia juga adalah penerbanga­n yang panjang. Bagaimanap­un, kami juga akan terus melabur untuk meluaskan rangkaian penerbanga­n jarak sederhana dan jauh.

“Kami juga sedang meninjau peluang baru di seluruh dunia dan syarikat memerlukan pesawat 787 Dreamliner untuk operasi penerbanga­n jarak jauh yang mana semua pesawat baru jenis ini digunakan untuk tiga destinasi sedia ada dan akan menerima satu pesawat baru tahun depan,” katanya.

Selain tiga penerbanga­n ke Honolulu, Athens dan Berlin, pesawat Boeing 787 Dreamliner turut digunakan bagi penerbanga­n ke Australia, Jepun, Arab Saudi, Taiwan, Singapura, Bangkok (Thailand), Korea, Chennai dan Amritsar (India) dan China.

 ??  ?? VINOD
VINOD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia