Harian Metro

TERSEPIT CELAH BANGUNAN

- Daily Mail

Seorang lelaki gelandanga­n terpaksa menanggung seksa hampir empat jam apabila tersepit di celah bangunan selepas terjatuh ketika cuba mengambil bola lisut, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Mike, 55, dikatakan bermain bola lisut di tingkat atas bangunan parkir yang terletak bersebelah­an dengan sebuah lagi bangunan di Makaloa Street.

Daily Mail melaporkan, dia terjatuh ke dalam lubang sedalam 3 hingga 5 meter dengan keluasan hanya 0.2 meter.

Kejadian disedari pengawal keselamata­n, Ray Rodrigues yang cuba menghalaun­ya dari situ selepas dihubungi penghuni di bangunan terbabit.

Sebaik tiba, dia terkejut apabila melihat lelaki terbabit sudah tersepit di antara dua bangunan berkenaan.

“Penyewa menghubung­i saya kerana ada orang bermain bola lisut di tingkat atas parkir. Saya cuba menghalaun­ya tetapi terkejut melihat dia sudah berada di celah bangunan itu.

“Dia sebenarnya cuba mengambil bola yang melantun ke situ dengan menggunaka­n kayu tetapi malangnya dia sendiri terjatuh,” katanya.

Seramai 20 anggota bomba yang dikerahkan ke tempat kejadian terpaksa menebuk dinding salah satu bangunan sebelum berjaya membebaska­n lelaki terbabit pada jam 5.25 petang.

“Kami terpaksa menebuk beberapa lapisan dinding yang tebal sebelum dapat menyelamat­kannya,” kata jurucakap Jabatan Bomba

 Lelaki jatuh kejar bola lisut, terperangk­ap empat jam

Honolulu,

Mccollum.

Mike mengalami kecederaan serius dan dihantar ke hospital berdekatan.

Kapten

Albert

 ??  ?? KEADAAN Mike yang tersepit hampir empat jam. - Daily Mail
BOMBA berusaha melepaskan Mike. - Daily Mail
KEADAAN Mike yang tersepit hampir empat jam. - Daily Mail BOMBA berusaha melepaskan Mike. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia