Harian Metro

‘Gunung’ paling rendah di dunia

-

Beijing: Sebuah ‘gunung’ di Shouguang di wilayah Shandong, China adalah lokasi tarikan pelancong popular bukan kerana ketinggian­nya tetapi kerana ia dianggap puncak paling rendah di dunia.

‘Gunung’ Jingshan yang mempunyai ketinggian 0.6 meter itu boleh ditawan dengan satu langkah sahaja.

Mungkin ramai yang ketawa apabila melihat ‘gunung’ itu tetapi dipercayai batu itu adalah puncak kepada gunung bawah tanah.

Jingshan satu-satunya gunung di daerah Shouguang dan ia menjadi simbol serta tarikan pelancong ke wilayah berkenaan.

‘Gunung’ itu juga dilindungi undang-undang dan tiada siapa dibenarkan menggali atau membina binaan berhampira­nnya.

Bekas kurator Muzium Shouguang Bo, Zheng Binhai memberitah­u, ketika pemerintah­an Mao Zedong ada pihak ditugaskan menggali sekeliling Jingshan bagi membuktika­n ia bukan gunung tetapi hanya batu biasa.

Bagaimanap­un, selepas beberapa hari menggali sedalam beberapa meter mereka masih belum menemui dasar batu itu sebelum akhirnya berputus asa.

Kemudianny­a pada 1985, pihak lain pula berusaha menggali gunung itu tetapi tetap gagal dan sejak itu batu berkenaan diiktiraf pihak berkuasa sebagai gunung.

Namun, sehingga kini tiada pihak yang membuat kajian bagi membuktika­n dakwaan itu atau cuba mengukur ketinggian sebenar gunung bawah tanah berkenaan. - Agensi

 ??  ?? SEBUAH batu di wilayah Shandong, China ini dipercayai puncak gunung bawah tanah dan dianggap gunung paling rendah di dunia. - China.org.cn
SEBUAH batu di wilayah Shandong, China ini dipercayai puncak gunung bawah tanah dan dianggap gunung paling rendah di dunia. - China.org.cn

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia