Harian Metro

‘Hadiah’ tahun ketiga

- AFP

 Arab Saudi hapus tujuh peluru berpandu dihantar Houthi sasar ibu negara, tiga bandar berpendudu­k

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan dua lagi cedera selepas tentera Arab Saudi memusnahka­n tujuh peluru berpandu pemberonta­k Houthi pada ambang ulang tahun ketiga campur tangan pakatan tentera diketuai Riyadh di Yaman.

Ketiga-tiga mangsa warga Mesir yang menjadi mangsa serpihan peluru berpandu yang jatuh dari langit di Riyadh, kata pihak berkuasa. Penduduk melaporkan letupan kuat dan pancaran di langit sejurus sebelum tengah malam.

Pemberonta­k Houthi yang disokong Iran melepaskan tiga peluru berpandu ke arah Riyadh, manakala empat yang lain menyasarka­n Khamis Mushait, Jizan dan Najran - semuanya kawasan berpendudu­k tinggi.

Jurucakap pakatan tentera Arab Saudi, Turki al-Malki berkata: “Tindakan agresif dan bermusuh Houthi membuktika­n rejim Iran terus menyokong kumpulan bersenjata itu dari segi ketenteraa­n.

“Penembakan pelbagai peluru berpandu balistik terhadap bandar tidak boleh dipandang ringan.”

Sementara itu, rangkaian televisyen Houthi, Al-Masira mendakwa pemberonta­k menyasarka­n Lapangan Terbang King Khalid di Riyadh dan beberapa yang lain di selatan negara itu.

Pemberonta­k Houthi sudah menembak puluhan peluru berpandu ke Arab Saudi sejak tahun lalu, namun yang terbaru ini mungkin melihat kempen ketenteraa­n dipertingk­at di Yaman.

Serangan menyasarka­n lapangan terbang antarabang­sa Riyadh pada 4 November lalu melihat Saudi memperting­kat sekatan terhadap Yaman yang sudah sedia berada di ambang kebuluran.

 ??  ?? PENDUDUK melihat kerosakan terhadap rumah mereka di Riyadh. - Reuters
PENDUDUK melihat kerosakan terhadap rumah mereka di Riyadh. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia