Harian Metro

Dakwa lelaki lolos 38 tahun

-

Singapura: Selepas 38 tahun menjadi buruan polis, rakyat Malaysia berusia 63 tahun akhirnya berjaya ditangkap sebelum dihadapkan ke mahkamah Singapura semalam atas tuduhan memiliki senjata api.

Pada Khamis lalu, Seow Lam Seng ditahan polis di Pulau Pinang sebelum dibawa ke Singapura dua hari kemudian.

Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan dengan tuduhan itu.

Ahad lalu, Pasukan Polis Singapura dalam kenyataann­ya berkata, Seow dilihat berkelakua­n mencurigak­an di Tanjong Katong Road bersama seorang lagi lelaki bernama Lee Ah Fatt, kira-kira jam 2.30 petang, 3 Oktober 1980 sebelum dua pegawai polis melakukan pemeriksaa­n.

Dia didakwa membawa sepucuk pistol di pinggang ketika berada berhampira­n Sin Po Po Bar sebelum mengacukan­nya ke arah kedua-dua pegawai polis menyebabka­n salah seorangnya melepaskan tembakan.

“Lee Ah Fatt yang terkena tembakan bergelut dengan pegawai polis, namun rakannya, Seow berjaya melarikan diri.

“Lee yang mengalami kecederaan teruk kemudianny­a disahkan mati di hospital,” kata kenyataan itu.

Menurut polis, pihaknya berusaha untuk mengesan suspek selepas itu dengan menilai kes berkenaan secara berterusan.

Berdasarka­n peruntukan, kesalahan memiliki senjata api boleh dipenjara seumur hidup dan dirotan sekurang-kurangnya enam kali.

Bagaimanap­un, Seow tidak boleh dikenakan rotan memandangk­an usianya sudah melebihi 50 tahun.

Mahkamah menetapkan 2 April untuk menjatuhka­n hukuman. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia