Harian Metro

LUPAKAN SAJA...

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

 Poad gesa kuartet 4x100 jadikan insiden di Lumut sebagai pengajaran

Apa yang berlaku ketika Kejohanan Terbuka Perak hujung minggu lalu memberi pengajaran berguna buat kuartet 4x100 meter negara dalam persiapan ke temasya Sukan Komanwel Gold Goast dari 4 hingga 15 April depan.

Kuartet yang dibarisi Nixson Kennedy sebagai pelari pertama, diikuti Johnathan Nyepa Badrul Hisyam Manap dan Khairul Hafiz Jantan melakukan kesilapan ketika pertukaran baton, sekali gus menyebabka­n penyertaan mereka dibatalkan.

Namun, bagi jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim, apa yang berlaku di Lumut tempoh hari satu pengalaman dan pengajaran berguna untuk bertindak lebih baik selepas ini.

“Saya memang tak puas hati, tapi tak mengapa mereka belajar sesuatu. Saya maklumkan kepada mereka kuartet AS (Amerika Syarikat) pun pernah jatuh baton.

“Tapi jika semua berjalan lancar mungkin masa yang dicatatkan mereka lagi bagus berbanding sebelum ini biarpun baru dua kali mereka berganding­an selepas Sukan SEA,” katanya.

Pada kejohanan di Stadium TLDM, Lumut itu, Johnathan yang ditugaskan sebagai pelari kedua gagal menyerahka­n baton dengan sempurna kepada Badrul menyebabka­n ia terjatuh dan penyertaan mereka dibatalkan.

Acara itu dikuasai pelari dari Akademi Pecut Poad yang diwakili Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Luqman Nurhakim dan Zulfiqah Ismail yang meraih emas dengan catatan 40.12 saat, diikuti SUKMA Kedah 42.79s dan SUKMA

(gambar),

Perak ketiga 42.80s.

Ditanya persediaan kuartet negara, Poad berkata, beliau akan bersama anak buahnya berlatih di Bukit Jalil bermula hari ini sebelum berlepas ke Australia, minggu depan.

Ia langkah persediaan memantapka­n kuartet negara yang memburu rekod baru kebangsaan di Gold

Coast. Rekod kebangsaan acara itu dipegang

Haikal,

Johnathan,

Badrul dan

Nixson dengan catatan

39.27s dilakukan pada Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia