Harian Metro

Semangat membara

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Meskipun hasrat untuk beraksi di Liga Hoki Eropah (EHL) tidak kesampaian, ia tidak melemahkan semangat pemain hoki negara, Shazril Irwan Nazli untuk memenuhi misi membantu pasukannya Racing Club de France (RCF) memenangi kejuaraan Liga Elit Perancis.

Shazril dan seorang lagi pemain negara, Rashid Baharom sebelum ini dilaporkan tidak dapat beraksi di EHL selepas Persatuan Hoki Eropah (EHF) menolak permohonan RCF yang lewat mendaftark­an nama mereka.

Justeru, Shazril tidak mahu terbawa-bawa dengan perasaan kecewa sebaliknya ingin memastikan RCF mempertaha­nkan kejuaraan liga pada edisi kali ini.

RCF kini dalam landasan tepat untuk mempertaha­nkan kejuaraan selepas menang 3-0 ke atas FC Lyon kelmarin yang menyaksika­n Shazril turut beraksi sementara Rashid mengalami kecederaan hamstring.

Kelab yang diwakili Shazril itu kini menduduki tangga teratas liga dengan mengumpul 36 mata selepas 12 perlawanan, diikuti rapat Saint Germain HC yang ketinggala­n dua mata di tangga kedua.

“Kelab memang berharap kami dapat beraksi di EHL. Malah kami ditawarkan untuk beraksi di sini tahun depan jika kelab layak ke EHL sekali lagi. “Memang rasa kecewa sebab tujuan utama kami ke

 Shazril, Rashid tetap komited bantu RCF rangkul kejuaraan Fokus utama

untuk membantu RCF memenangi perlawanan terakhir liga

Shazril Irwan Nazli

sini untuk beraksi di EHL. Tapi tak ada rezeki untuk kami kali ini.

“Tapi pasukan tetap akan membawa kami melihat perlawanan di EHL,” katanya.

Shazril berkata, fokus utama kini adalah untuk membantu RCF memenangi perlawanan terakhir liga menentang Saint Germain pada 8 April ini untuk mengesahka­n kejuaraan liga sebelum fokus kepada aksi kalah mati bagi merebut kejuaraan keseluruha­n.

“Kami perlu memenangi perlawanan itu sebab jarak mata dengan Saint Germain tak terlalu jauh,” katanya.

 ??  ?? AKSI Shazril (kiri) pada saingan hoki sebelum ini.
AKSI Shazril (kiri) pada saingan hoki sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia