Harian Metro

Peluang Izam, Idil perbaiki prestasi

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan PETRONAS Sprinta SIC Junior, Johan Stigefelt(gambar) turut merasai keperitan dua pelumba mudanya, Izam Ikmal dan Idil Fitri Mahadi yang terbabit dalam kemalangan pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia (CEV) di Estoril, Portugal, kelmarin.

Namun, bagi bekas pelumba dari Sweden itu, Izam dan Idil yang beraksi dalam kelas Moto3 masing-masing mempamerka­n peningkata­n di setiap pusingan sebelum mengalami kemalangan.

“Ia minggu yang sukar buat kedua-dua pelumba memandangk­an inilah pengalaman pertama mereka beraksi di pentas Eropah,” kata Stigefelt.

“Dengan musim memasuki pusingan pertama, kami menjangkak­an saingan di sini sebagai latihan buat mereka untuk menyesuaik­an diri dengan keadaan sekeliling.”

Izam terjatuh dua kali pada sesi latihan dan yang keduanya lebih teruk apabila cedera jari dan memerlukan pembedahan.

Apapun, dia menunjukka­n peningkata­n dengan cepat ketika bersaing dengan pelumba lain.

“Di sini, kami agak positif dengan masa depannya apatah lagi dia dapat bekerja dengan baik bersama pasukan.

“Idil pula belajar dengan pantas, menunjukka­n peningkata­n kelajuan dari semasa ke semasa. Malangnya dia terbabas ketika sesi kelayakan 1 dan menamatkan­nya di tangga ke-36 bagi sesi berkenaan.

“Dengan litar semakin mengering (sebelum ini basah), kami optimis untuk kelayakan kedua. Keutamaan kami adalah untuk layak ke perlumbaan dan melihat sejauh mana jurang antara pelumba teratas. Namun ketika keluar buat kali pertamanya, dia terbabas dengan sekumpulan pelumba di selekoh pertama.

“Malang buatnya, kakinya terseliuh dan mengalami kesakitan. Dia tidak boleh meneruskan saingan namun saya fikir dia mempunyai minggu yang lebih baik. Setiap kali dia keluar ke litar, dia menunjukka­n peningkata­n.”

Perlumbaan berikutnya di Sirkit Recardo Tormo, Valencia pada 29 April depan dan bagi Stigefelt, beliau yakin dengan kemampuan dua pelumba yang dicungkil bakatnya menerusi program Impian ke MotoGP anjuran Litar Antarbangs­a Sepang (SIC), baru-baru ini.

“Saya harap mereka boleh pulih dengan pantas. Saya juga berterima kasih kepada pasukan kerana mereka sudah melakukan tugas dengan baik. Ini situasi baru buat semua pihak namun saya lihat kami mampu menggilap pelumba ini untuk masa depan.

“Musim ini, kami perlu memastikan mereka belajar dan memahami bagaimana saingan di peringkat Eropah,” ujar Stigefelt.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia