Harian Metro

Weng Chan optimis Iskandar mampu sesuaikan diri

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih lompat bergalah negara, Teh Weng Chang percaya anak didiknya, Iskandar Alwi

mampu menyesuaik­an diri dengan elemen alam sekitar di Sukan Komanwel Gold Coast yang kini berbaki sembilan hari lagi.

Jelasnya, pengalaman dimiliki atlet itu ketika temasya sama empat tahun lalu di Glasgow, Scotland dapat memberikan pengajaran sekali gus dipraktikk­an pada edisi kali ini.

“Saya yakin dengan aksi Iskandar pada Sukan Komanwel nanti, tapi hasilnya tiada siapa tahu. Jika di tempat sendiri, dia sudah biasa, pemandanga­n sendiri dan tidak ada gangguan penonton.

“Berbanding di Komanwel, stadium akan penuh tapi Iskandar ada kelebihan kerana dia pernah beraksi pada 2014, jadi dia ada pengalaman serta boleh menjangka keadaan di sana nanti.

“Saya rasa yakin dia tidak berdepan masalah dengan elemen alam sekitar yang boleh mempengaru­hinya,” kata Weng Chang.

Weng Chang berkata, apa yang perlu dilakukan Iskandar adalah memantapka­n larian dan serasikan diri dengan

(gambar)

galah yang ada bagi memastikan dapat memberikan saingan di Gold Coast.

Katanya, Iskandar mempunyai langkah larian yang lebih banyak untuk beraksi di Komanwel berbanding ketika memperbaha­rui rekod kebangsaan di Kejohanan Olahraga All Comers Kuala Lumpur di Bukit Jalil, minggu lalu.

“Dia mempunyai masa untuk menyesuaik­an diri dengan galah baru dan jika mampu menggunaka­n teknik sama dengan galah lebih panjang, tentu keputusan akan lebih baik,” katanya.

Minggu lalu, Iskandar mendapat tonik terbaik menjelang Sukan Komanwel apabila memperbaha­rui rekod kebangsaan pada Kejohanan All Comers.

Iskandar berjaya mengatasi ketinggian 5.26 meter pada percubaan pertama, sekali gus memadamkan rekod kebangsaan miliknya iaitu 5.25m pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Bagaimanap­un, Iskandar sekali lagi cemerlang dengan mencipta ketinggian baru iaitu 5.31m yang dilakukann­ya pada percubaan kedua, sekali gus mengesahka­n pingat emas menjadi miliknya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia