Harian Metro

Enggan pindah jika hanya simpanan: Belotti

-

Milan: Penyerang Itali dan Torino, Andrea Belotti tidak akan berpindah ke kelab yang lebih besar jika dia tidak mendapat kepastian sama ada dapat bermain secara kerap.

“Mereka memberitah­u saya yang saya sepatutnya pergi dan bermain dalam kelab yang mana bermain dalam kejohanan lebih besar, tetapi saya memutuskan apa yang terbaik untuk diri sendiri,” kata Belotti kepada saluran penyiaran, Rai.

“Saya tidak berminat untuk berpindah ke kelab yang lebih besar jika saya tidak dapat bermain atau hanya berada di bangku simpanan. Jika saya berpindah, ia mestilah saya sering diturunkan dalam kesebelasa­n utama.”

Pemain berumur 24 tahun itu menarik perhatian Eropah selepas dia menjaringk­an 26 gol bagi Torino dalam Serie A musim lalu dan sering dipilih mewakili pasukan kebangsaan Itali.

Bagaimanap­un, Presiden Torino, Urbano Cairo menegaskan beliau tidak mahu menjual pemainnya itu dan meletakkan klausa pelepasan 100 juta euro (RM483.42 juta) kepada kontrak Belotti yang sah sehingga 2021.

Musim ini juga menjadi kurang berjaya buat Belotti yang mengalami dua kecederaan, menjaringk­an hanya enam gol liga dan juga sebahagian pasukan Itali yang gagal melayakkan diri ke Piala Dunia.

“Saya tidak mahu mengingat kembali permainan di San Siro,” katanya mengenai permainan playoff yang menyaksika­n Itali seri kepada Sweden pada November lalu yang menyaksika­n pasukan itu kehilangan tiket ke Russia.

“Secara peribadiny­a, selepas dua kecederaan, saya rasa bertambah baik, daripada segi fizikal dan mental. Nasib baik, masih ada banyak permainan selepas ini jadi saya boleh melonjak kembali.”

Itali akan bermain menentang England dalam perlawanan persahabat­an di Wembley pada awal pagi esok. - Reuters

 Sampaoli pening pilih penggempur ganti Messi, La Roja tagih bisa Costa robek gawang Argentina awal pagi esok

 ??  ?? COSTA sudah bermain dalam enam aksi kelayakan Piala Dunia buat Sepanyol.
COSTA sudah bermain dalam enam aksi kelayakan Piala Dunia buat Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia