Harian Metro

‘Kami hampir serupa’

- Reuters

 Carvalhal anggap beliau berkongsi sedikit persamaan dengan Mourinho

Bos Swansea City, Carlos Carvalhal percaya rakan sejawatan di Manchester United, Jose Mourinho menjadi lebih baik ‘apabila beliau bertarung’ di sebalik dakwaan berlakunya keretakan di Old Trafford.

Mourinho bersifat terbuka dalam kritikanny­a terhadap beberapa pemain United termasuk pemain ditandatan­gani dengan rekod perpindaha­n, Paul Pogba dan Luke Shaw yang diletakkan di bangku simpanan pada babak pertama saingan Piala FA ketika berdepan Brighton dan Hove Albion awal bulan ini.

Carvalhal menganggap beliau berkongsi sedikit persamaan dengan Mourinho tetapi berkata, bekas bos Chelsea dan Real Madrid itu menggunaka­n pendekatan lebih konfrontas­i serta berbahaya apabila dicabar.

“Saya sukakan Mourinho dan beliau tahu bahawa saya sukakannya,”

(gambar)

kata Carvalhal kepada media British.

“Saya menghabisk­an masa seminggu di Manchester United ketika Alex Ferguson di sana dan kemudian seminggu menyaksika­n Mourinho di Chelsea. Saya juga ke Real Madrid.

“Saya cuba belajar daripada yang terbaik. Beliau ada keyakinan diri yang tinggi, sama seperti saya. Anda perlukanny­a. Namun, beliau ada personalit­i yang sama sekali berbeza dengan saya. Beliau suka bergaduh. Beliau suka bergaduh dengan orang dan beliau sangat bagus ketika ‘bertarung’.

“Saya sama sekali berbeza. Saya suka menjauhkan diri dari bergaduh. Saya sukakan kemenangan, tetapi jika seseorang cuba bergaduh dengan saya, mereka akan dapati mereka bertarung dengan diri sendiri.”

Carvalhal sedang menyiapkan Swansea untuk kunjungan ke United, Sabtu ini dan sedar kejayaan mengejut amat penting dalam pertarunga­n mereka untuk kekal dalam Liga Perdana berbaki lapan perlawanan.

Kelab Wales itu kini berkeduduk­an di tangga ke-14 dan tiga mata melepasi zon penyingkir­an, manakala pasukan tangga kedua, United 16 mata di belakang pendahulu Manchester City.

 ??  ?? MARCUS
Rashford tonggak (dua dari Manchester kanan)
United.
MOURINHO
MARCUS Rashford tonggak (dua dari Manchester kanan) United. MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia