Harian Metro

Yusoff tidak berkecil hati

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan beliau tidak terasa hati walaupun Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangk­an Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai presiden baru badan induk berkenaan.

Tunku Ismail menyifatka­n Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAM sebagai individu paling layak menerajui badan induk itu selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan nombor satu itu kelmarin.

Sambil mengakui beliau belum sampai tahap untuk menjadi Presiden FAM, Yusoff turut menzahirka­n sokongan penuh kepada Hamidin untuk bertanding merebut jawatan di kerusi panas itu.

“Tiada sebab untuk saya berkecil hati atau sebagainya. Saya sokong sepenuhnya (kenyataan Tunku Ismail mencalonka­n Hamidin). Jawatan yang ada sekarang pun sudah banyak kerja, nak jadi presiden bukan tahap saya lagi.

“Hanya jawatan yang kosong saja akan dipertandi­ngkan dalam mesyuarat agung nanti, bukan bertanding semua jawatan semula. Maknanya kalau saya nak bertanding saya kena letak jawatan dulu (sebagai

Timbalan Presiden).

“Apa yang penting, siapa yang jadi presiden mesti ada hubungan

 Timbalan Presiden FAM tetap sokong peneraju badan induk berkenaan

baik dengan Tunku Ismail sebab beliau Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Sebab itu Tunku Ismail syorkan orang yang boleh dan selesa bekerja bersama dengan beliau terajui FAM,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain mencadangk­an nama Hamidin sebagai calon paling layak dipilih sebagai presiden baru, Tunku Ismail juga mengesyork­an Yusoff sebagai pemangku presiden sehingga kongres ke-54 FAM pada 14 Julai depan.

Mengulas lanjut, Yusoff bagaimanap­un menjelaska­n segala keputusan mengenai siapa yang akan menjadi pemangku presiden akan diputuskan pada mesyuarat Exco FAM, Isnin nanti. “Tunku Ismail hanya mengesyork­an nama saya, tapi segala keputusan akan dibuat dalam mesyuarat itu nanti dan exco akan putuskan siapa yang

perlu dilan- tik.

“Begitu juga isu peletakan jawatan Tunku Ismail, walaupun beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan secara rasmi, tapi exco akan putuskan sama ada menerima atau menolak.

“Kalau saya dipilih sebagai pemangku presiden sekali pun, saya fikir tiada apa-apa masalah dan hanya akan mengikut segala program yang sudah dibuat Tunku Ismail sebelum ini sementara menanti kongres pada Julai nanti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HAMIDIN
HAMIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia