Harian Metro

Hamidin miliki karisma terbaik-Ibrahim

- Lokman Zainal Abidin sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Peribadi, pengalaman dan hubungan di peringkat kebangsaan serta antarabang­sa bakal menjadi ‘modal’ terbaik buat Setiausaha

Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin jika beliau diangkat selaku presiden baru badan induk berkenaan. Perkara itu dinyatakan

bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Ibrahim Saad yang menegaskan Hamidin pasti mampu melaksanak­an tugas ditinggalk­an Tunku Ismail Sultan Ibrahim apatah lagi bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu sudah lama bergeluman­g dengan sukan nombor satu negara itu.

“Secara peribadi, saya sokong pengumuman yang dibuat Tunku Ismail itu. Bagi saya, Hamidin calon paling layak kerana beliau mempunyai pengalaman yang bukan calang-calang.

“Ketika saya menjadi Naib Presiden FAM pada awal 90-an, beliau sudah berada dalam FAS. Begitu juga ketika saya menjadi Setiausaha Agung, beliau masih menabur jasa di FAS.

“Beliau sudah masak dan faham dengan bola sepak Malaysia. Beliau juga boleh bergaul dengan semua peringkat masyarakat. Saya tidak fikir ada orang yang tidak mengenali beliau.

“Beliau juga mempunyai hubungan yang bagus tidak kira di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabang­sa kerana selaku Setiausaha Agung FAM, sudah banyak mesyuarat atau perjumpaan yang beliau hadiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagi Ibrahim, untuk menduduki kerusi nombor satu badan induk kebangsaan itu, kriteria berkenaan amat penting kerana ia mampu membantu menyelesai­kan pelbagai masalah yang mungkin timbul pada masa akan datang.

“Itulah sebabnya mengapa beliau dikatakan layak untuk menjadi Presiden. Bagaimanap­un, ia tidak semudah disangka. Kedudukan selaku Presiden bukan warisan. Perlu ada sesi pemilihan dalam kalangan Exco dan perwakilan di peringkat negeri,” katanya.

lagi

 ?? Ibrahim Saad ?? IBRAHIM Secara peribadi, saya sokong pengumuman yang dibuat Tunku Ismail itu. Bagi saya, Hamidin calon paling layak kerana beliau mempunyai pengalaman yang bukan calang-calang”
Ibrahim Saad IBRAHIM Secara peribadi, saya sokong pengumuman yang dibuat Tunku Ismail itu. Bagi saya, Hamidin calon paling layak kerana beliau mempunyai pengalaman yang bukan calang-calang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia