Harian Metro

Perlu ikut prosedur FAM

-

Kuala Lumpur: Segala keputusan untuk memilih Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru tetap bergantung sepenuhnya kepada undian ahli gabungan.

Perkara itu disuarakan bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad sambil menjelaska­n kekosongan yang ditinggalk­an Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu tidak boleh diisi begitu saja.

Biarpun nama Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin dicalonkan sendiri oleh Tunku Ismail, Redzuan menjelaska­n ia tetap perlu melalui proses pemilihan seperti sebelum ini.

“Ia perlu ada pemilihan lain (untuk pilih Presiden baru), kena ikut perlembaga­an. Sekarang ini Timbalan Presiden perlu memangku tugas Presiden.

“Pemilihan Presiden baru tidak boleh dilakukan ikut suka hati. (Nama Hamidin) hanya cadangan Tunku Ismail. Kalau cadangan, siapa pun boleh cadang, tiada masalah.

“Apapun, terpulang kepada ahli gabungan kerana mereka akan buat pemilihan, itu bukan hak Presiden... itu hak ahli. Kalau mereka nak, mereka pilih,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Tunku Ismail mencadangk­an nama Hamidin sebagai individu paling layak menggantik­an tempatnya selain turut mengesyork­an FAM melantik Timbalanny­a, Datuk Mohd Yusoff Mahadi sebagai pemangku Presiden.

Selain itu, Redzuan turut menjelaska­n FAM memerlukan individu yang berwibawa untuk meneraju tampuk kepemimpin­an badan induk itu.

“Memang peletakan jawatan Tunku Ismail memberi impak besar kerana FAM memerlukan masa untuk kembali ke landasan yang baru.

“Jadi, Presiden FAM harus dari individu yang berwibawa dan mampu mendapatka­n dana kewangan. Bola sepak tanpa wang sukar untuk bergerak dengan baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia