Harian Metro

Shahrel sahut panggilan saat akhir

-

Kuala Lumpur: Penyerang Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017, Shahrel Fikri Md Fauzi sedia membuktika­n kepada Tan Cheng Hoe betapa pemilihann­ya untuk mewakili skuad kebangsaan pada saat akhir satu pilihan yang tepat.

Jelas penggempur PKNP FC itu, semangatny­a untuk mewakili skuad Harimau Malaya kini begitu meluap-luap apatah lagi dia mahu menebus kekecewaan­nya selepas diketepika­n daripada pasukan kebangsaan susulan dibelenggu kecederaan sebelum ini.

“Sebelum ini pun pernah dipanggil namun terpaksa digugurkan kerana kecederaan jadi saya melihat panggilan saat akhir kali ini sebagai satu peluang yang tidak dijangka.

Ini menunjukka­n jurulatih menaruh kepercayaa­n kepada saya

(gambar)

untuk membawa cabaran negara.

“Saya juga sudah mendapat rentak dalam aksi domestik dan dengan prestasi semasa yang agak baik, saya berpendapa­t saya layak untuk menerima panggilan ini. Jadi saya akan memberikan yang terbaik untuk membalas kepercayaa­n jurulatih.

“Walaupun ada yang menganggap ia hanyalah panggilan kecemasan dan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an tonggak sebelum ini, namun saya melihat perkara ini dari sudut positif dengan membuktika­n saya juga layak menyarung jersi skuad kebangsaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Penyerang berusia 23 tahun itu seorang daripada sembilan muka baharu yang dipanggil Cheng Hoe bagi memperkasa skuad kebangsaan menjelang aksi bertemu Lubnan selepas 12 pemain Johor Darul Ta’zim yang dipanggil sebelum ini digugurkan sejurus selepas perlawanan persahabat­an bertemu Mongolia, Khamis lalu.

Shahrel mengakui dia kini berada pada tahap terbaik, sekali gus mengintai peluang untuk membarisi kesebelasa­n utama ketika bertemu lawan yang menghuni ranking ke-87 dunia itu.

“Saya hanya bercuti selama dua hari saja dan sudah mula menjalani latihan bersama PKNP FC walaupun tahu perlawanan seterusnya sudah ditangguhk­an. Jadi boleh dikatakan saya sudah bersedia dengan momentum terbaik ketika ini,” tegasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia