Harian Metro

Norfarhan sambut baik peraturan diperkenal­kan Fajer

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Peraturan yang diwujudkan ketua jurulatih Kelantan, Fajer Ibrahim termasuk larangan membawa telefon pintar pada sesi latihan dan hari perlawanan mampu memantapka­n skuad itu dalam mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga-M) selepas ini.

Penyerang, Norfarhan Mohamad

(gambar)

menyambut baik kehadiran jurulatih dari Syria itu yang mengadakan peraturan tertentu bagi membentuk amalan baru dalam pasukan.

“Pertama sekali bagi saya kehadiran Fajer lebih meningkatk­an tahap disiplin dalam pasukan yang sepatutnya perlu diterapkan dalam diri setiap pemain.

“Apabila pemain mempunyai disiplin, ia secara tidak langsung memberi kesan baik kepada pasukan serta memupuk amalan sepasukan.

“Bermain secara sepasukan penting kerana setiap pemain perlu ikut apa yang dimahukan jurulatih dan pasukan.

“Sebagai pemain, amalan atau sifat individu sebenarnya tidak boleh diamalkan kerana itu hanya boleh mengurangk­an keserasian antara rakan pasukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Fajer yang diberi kuasa sepenuhnya mengemudi The Red Warriors (TRW) memperkena­lkan peraturan tertentu termasuk larangan membawa telefon bimbit pada sesi latihan dan hari perlawanan.

Selain peraturan itu, beberapa peraturan lain sudah diberitahu dalam bentuk notis kepada pemain dan sekiranya pemain melanggar peraturan itu, mereka boleh dikenakan denda wang tunai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia