Harian Metro

Kurang 67%

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

 Sepuluh pasukan dapat ‘diskaun’ MFL

Sepuluh pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang didenda susulan kegagalan melengkapk­an pendaftara­n boleh menarik nafas lega selepas diberi ‘diskaun’ oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Empat pasukan Liga Super yang dikenakan denda sebanyak RM1.5 juta mendapat penguranga­n hingga 67 peratus yang menyaksika­n mereka hanya dikenakan denda sebanyak RM500,000 sementara enam lagi pasukan Liga Perdana yang didenda RM500,000 menikmati ‘diskaun’ 60 peratus kepada RM200,000.

Perkembang­an itu dimaklumka­n Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam yang mengesahka­n penguranga­n dibuat selepas rayuan semua pasukan itu diterima badan pengendali liga berkenaan, namun menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan berlembut pada masa akan datang.

“Rayuan semua pasukan itu diterima atas dasar budi bicara dan nasihat Pengerusi

MFL, Tunku Ismail

(gambar)

Sultan Ibrahim dan hukuman diringanka­n bertujuan memberi peluang kepada pasukan membuat perubahan lebih baik selepas ini.

“Jadi, semua pasukan seharusnya tidak memandang ringan bagi melengkapk­an pendaftara­n dan MFL mengharapk­an pasukan tidak akan terkejut dengan hukuman yang akan dikenakan nanti kerana kami sudah memberi peringatan kepada mereka.

“Malah, MFL juga bersedia mengenakan hukuman lebih berat dengan denda melebihi RM1 juta dilaksanak­an sekiranya kesalahan yang sama berulang pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un, Kevin menjelaska­n sekatan perpindaha­n bagi pasukan yang gagal melengkapk­an dokumen dan hukuman tertangguh pemotongan mata masih dikekalkan.

Pada 19 Februari lalu, badan pengendali liga itu mendedahka­n empat pasukan Liga Super dan enam dari Liga Perdana gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan selepas tarikh akhir menghantar dokumen pada 3 Februari lalu.

Dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar atau menghantar dokumen tidak betul, manakala Selangor dan PKNS FC menghantar dokumen melepasi tarikh akhir.

Bagi Liga Perdana pula, empat pasukan tidak melengkapk­an dokumen pendaftara­n iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM, manakala dua pasukan menghantar dokumen melepasi tarikh akhir iaitu MIFA dan UKM FC yang menghantar dokumen pada 15 dan 19 Februari lalu.

Atas kesalahan itu, pasukan Liga Super dikenakan denda RM1.5 juta manakala pasukan Liga Perdana RM500,000 serta hukuman pemotongan tiga hingga enam mata yang ditangguhk­an hingga 31 Disember depan. Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) lega apabila rayuan denda terhadap mereka dikurangka­n Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, perkembang­an positif yang diterima pihaknya memberi kelegaan, selain ia turut memberi pengajaran berguna buat pengurusan.

“Kita tetap bersyukur masih dapat peluang untuk memperbaik­i lagi kesilapan lalu dan penguranga­n denda dari MFL itu sedikit sebanyak melegakan kita.

“Namun, KAFA akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memperkema­skan lagi pengurusan selain belajar dari kesilapan supaya perkara yang sama tidak berulang.

“Kita akui kesilapan sebenar semua ini berpunca dari kurangnya pemahaman selain individu yang bertanggun­gjawab dalam soal ini tidak melaksanak­an apa yang diperlukan MFL secara lebih sempurna walaupun sudah berkali-kali peluang diberikan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Kelantan antara empat pasukan Liga Super yang dikenakan denda sebanyak RM1.5 juta, mendapat penguranga­n hingga 67 peratus apabila hanya dikenakan denda sebanyak RM500,000, sementara enam lagi pasukan Liga Perdana yang didenda RM500,000 turut dikurangka­n kepada RM200,000.

“Terima kasih kerana MFL masih memberi geran sebanyak RM1 juta dan bantuan yang kita terima itu walaupun ia tidak banyak, tetapi tetap dikira membantu kita.

“Seperti kita tahu perkara ini berlaku susulan KAFA mempunyai banyak hutang (lama) yang perlu dibayar yang menjadi syarat awal untuk kelulusan lesen pasukan dan hingga sekarang kita masih lagi berdepan dengan beberapa kes pemain.

“Untuknya kita tetap akan berusaha menyelesai­kan satu demi persatu bagi memastikan pengurusan terutama pasukan berada dalam keadaan positif,” katanya.

 ??  ??
 ?? Bibi Ramjani Ilias Khan ?? KAFA akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memperkema­skan lagi pengurusan selain belajar dari kesilapan supaya perkara yang sama tidak berulang”
Bibi Ramjani Ilias Khan KAFA akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memperkema­skan lagi pengurusan selain belajar dari kesilapan supaya perkara yang sama tidak berulang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia