Harian Metro

JERITAN KETAKUTAN

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Penghuni guna 30 tong pemadam api halang rumah PPR terbakar

Tindakan pantas penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Telipok Ria, di sini, membantu memadam kebakaran sebuah unit rumah di taman itu berjaya menghalang api daripada merebak, kelmarin.

Dalam kejadian jam

6.30 petang itu, sebuah rumah di tingkat tiga, blok empat taman berkenaan hanya musnah 70 peratus selepas api berjaya dipadam menggunaka­n kira-kira 30 tong pemadam api milik penghuni perumahan berkenaan.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 67, berkata, selepas menyedari kebakaran itu, penghuni di unit lain bergegas membawa pemadam api dari rumah masing-masing untuk membantu memadam kebakaran.

“Hampir semua jiran satu bangunan berulang-alik membawa tong pemadam api dari rumah masingmasi­ng untuk memadam api,” katanya, ketika ditemui, di sini.

Beliau yang tinggal di tingkat dua, blok tiga taman berkenaan berkata, rumahnya berada di kedudukan berhadapan dengan unit rumah yang terbakar.

Katanya, sejurus melihat api menerusi tingkap, dia terus menghubung­i bomba bagi mendapatka­n bantuan memadam kebakaran.

“Saya sedang mencuci tangan di sinki sebelum makan, namun terbantut selepas melihat api yang sedang marak.

“Saya dengar orang menjerit ‘api’ berulang kali dan ramai penduduk lain dari semua tingkat menghulur bantuan memadam api menggunaka­n tong pemadam api,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Qawie Gapar berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, 10 anggota dengan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, api sudah dipadamkan orang awam dan pasukan bomba mendapati lebih 30 tong pemadam api digunakan untuk mengawal dan memadam kebakaran.

“Pasukan bomba menjalanka­n pemeriksaa­n kawasan sekitar sebelum menamatkan operasi pada jam 7.03 malam,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Qawie berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Syabas diucapkan kepada semua penduduk kerana bertindak awal memadam kebakaran menggunaka­n pemadam api. Saya berharap penyediaan dan penggunaan pemadam api ini dicontohi orang lain,” katanya.

 ??  ?? QAWIE
QAWIE
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia