Harian Metro

Gempar lelaki meninggal dunia beli sayur di pasar raya

-

Petra Jaya : Orang ramai yang mengunjung­i Pasar Raya Besar Emart di Matang, di sini, gempar apabila seorang lelaki tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di pasar raya berkenaan, semalam.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu berlaku ketika mangsa, Haroni Suai,

61, dari Kampung Telaga

Air, di sini, mengunjung­i pasar sayur di pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhasan berkata, beberapa saksi di tempat kejadian mendakwa mangsa dikatakan mengadu pening kepala sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Berikutan itu katanya, pengawal keselamata­n pasar raya berkenaan segera menghubung­i Balai Polis Batu Kawa, memaklumka­n kejadian itu.

“Sejurus menerima panggilan itu, polis segera ke lokasi dan menemui seorang lelaki terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaa­n awal pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aidil berkata, anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak di Kuching yang turut dikejarkan ke tempat kejadian mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia.

“Anak mangsa yang tiba di tempat kejadian kemudianny­a memaklumka­n bapanya itu mengidap pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, gout dan sesak nafas serta kerap mendapatka­n rawatan di klinik berhampira­n.

“Kes itu diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dan keluarga mangsa pula tidak mahu mangsa dibedah siasat kerana mengetahui masalah kesihatan yang dihadapiny­a selain tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia