Harian Metro

Bangga bermula, berakhir di Bukit Aman

-

Kuching: “Tiada yang paling bermakna sepanjang 40 tahun perkhidmat­an saya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain kejayaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menurunkan jenayah indeks sejak dua tahun lalu,” kata bekas Ketua Polis Daerah Kuching, Senior Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai.

Ahmad Abang kini bertugas di Bahagian Pentadbira­n Dasar, Sumber Manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Beliau yang akan bersara wajib tidak lama lagi turut bangga diberi kepercayaa­n untuk menjawat jawatan baru di Bukit Aman, tempat beliau memulakan kerjaya kepolisan selepas tamat latihan pada 1978.

“Saya bangga kerana bermula sebagai anggota polis di Bukit Aman dan akan bersara tidak lama lagi juga di Bukit Aman, tetapi yang paling membanggak­an saya ialah kejayaan IPD Kuching melaksanak­an tanggungja­wab untuk mensejahte­rakan penduduk bandar raya ini.

“Sejak diamanahka­n mengetuai IPD Kuching dua tahun yang lalu, saya berpegang kepada prinsip saya iaitu kesejahter­aan penduduk Kuching diutamakan dan ia berjaya dicapai,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuching antara beliau dengan penggantin­ya, Asisten Komisioner Ng Ah Lek yang disaksikan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Datuk Zamani Hamdan di IPD Kuching, semalam.

Abang Ahmad yang juga adik kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, antara kejayaan yang dicapainya selama dua tahun satu bulan mengetuai IPD Kuching ialah menumpaska­n sembilan kumpulan penjenayah yang kerap melakukan jenayah samun dan pecah rumah sekitar bandar raya ini.

“Dalam kes POCA pula, IPD Kuching berjaya menduduki tempat pertama dalam Kontinjen Sarawak apabila 29 individu dikenakan tindakan mengikut POCA membabitka­n 21 kes curi kenderaan dan pecah rumah berjaya diselesaik­an.

“Bagi kes narkotik pula, pada tahun lalu rampasan dan tangkapan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas menunjukka­n prestasi yang cemerlang berbanding tahun sebelumnya, manakala dalam kes Jenayah Komersial pula, IPD Kuching berjaya menumpaska­n sindiket membuat wang palsu,” katanya.

Sementara itu, Ah Lek berkata, kejayaan yang dicapai IPD Kuching sejak diterajui Abang Ahmad adalah cabaran besar baginya.

Bagaimanap­un, beliau yang pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Padawan sebelum bertukar ke JSJN Bukit Aman dua tahun lalu berkata, beliau bersedia menghadapi segala cabaran itu dan meneruskan usaha untuk mensejahte­rakan penduduk bandar raya ini.

 ??  ?? ZAMANI (tengah) menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Abang Ahmad (kiri) kepada Ng.
ZAMANI (tengah) menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Abang Ahmad (kiri) kepada Ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia