Harian Metro

Tanggungja­wab firma pelanconga­n

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Syarikat pelanconga­n dan ketua penyelam di Sabah boleh dikenakan tindakan jika pelancong di bawah tanggungja­wab mereka didapati mengganggu hidupan marin.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk

Masidi Manjun berkata, tindakan itu perlu memandangk­an kedua-dua pihak wajar berkongsi tanggungja­wab jika gagal menjelaska­n kesalahan serius mengganggu hidupan marin kepada pelanggan mereka.

Beliau berkata, tindakan segelintir pelancong yang tidak bertanggun­gjawab mengganggu hidupan marin di perairan negeri ini adalah tidak baik dan di sesetengah negara ia dianggap sebagai kesalahan.

“Ia mungkin memberikan isyarat salah kepada pelancong lain seperti orang barat yang peka terhadap alam sekitar yang mungkin berkempen tidak berkunjung ke Sabah jika ada mengatakan kita tidak mengamalka­n aktiviti melihat hidupan marin secara bertanggun­gjawab.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n pejabat baru Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA) di Lintas Square, semalam.

Lebih 3,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada belia dan pencari kerja di negeri ini dalam Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2018 yang dijadualka­n 8 April ini.

Karnival yang berlangsun­g di Internatio­nal Technology & Commercial Centre (ITCC) Penampang menawarkan kerja untuk pelbagai peringkat kelulusan termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada 50 syarikat.

Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Sabah, Yamani Hafez Musa, berkata karnival kerjaya itu diadakan hasil daripada maklum balas menerusi Kolokium Manisfesto Orang Muda dan Siri Dialog Transforma­si Nasional 2050 yang dijalankan sebelum ini.

Katanya, Pemuda BN Sabah mengenal pasti isu utama yang dihadapi belia ketika ini adalah kekurangan peluang pekerjaan.

“Prihatin dengan cabaran ini, Pergerakan Pemuda BN mengambil pendekatan untuk menganjurk­an program

 ??  ?? MASIDI (tiga kiri) merasmikan pejabat baru Persatuan Pemandu Pelancong Sabah di Lintas Square, Kota Kinabalu.
MASIDI (tiga kiri) merasmikan pejabat baru Persatuan Pemandu Pelancong Sabah di Lintas Square, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia