Harian Metro

Bina balai polis baru RM24j

-

Sebuah lagi balai polis dibina di daerah ini apabila projek pembinaan Balai Polis Matang yang bernilai RM24 juta kini peringkat tawaran tender.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superinten­dan Merbin Lisa berkata, pihaknya yakin projek pembinaan balai di tapak seluas 1.7 hektar itu bermula selepas pemaju dikenal pasti dalam masa terdekat.

“Projek pembinaan Balai Polis Matang itu dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun dan merangkumi pembinaan bangunan balai polis serta rumah kediaman keluarga anggota polis,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, di Siburan, di sini, semalam.

Pada majlis itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundanga­n) Kontinjen Sarawak, Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai menyaksika­n Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan yang baru, Asisten Superinten­dan Joshua Masing Lugoh menerima tugasnya daripada Inspektor Mansur Rahman. Sandakan: Pendekatan tersendiri kerajaan negeri memperjuan­gkan dan memelihara kepentinga­n serta hak Sabah dalam industri minyak dan gas terbukti memberi manfaat besar kepada rakyat dan negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, isu royalti minyak sering diperkatak­an termasuk dalam komponen Barisan Nasional (BN) dan dieksploit­asi menjadi modal politik pihak tertentu yang tidak memahami industri minyak dalam konteks sebenar.

Katanya, kerajaan negeri mengambil pendekatan strategik apabila berunding dengan Petronas untuk memiliki 10 peratus pegangan ekuiti dalam Liquefied Natural Gas Sdn Bhd 9 (LNG 9) di Bintulu, Sarawak.

“Ramai orang fikir kita diam membisu, tapi sebenarnya kami banyak bergaduh, bertengkar, bertikam lidah namun atas sokongan Perdana Menteri sekarang yang boleh dibawa berunding, kami mendapat pegangan itu.

“Sebelum Petronas menganuger­ahkan tiga kontrak perkongsia­n pengeluara­n

 ??  ?? MERBIN (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Dennis Leong (dua kiri) sambil disaksikan Joshua.
MERBIN (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Dennis Leong (dua kiri) sambil disaksikan Joshua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia