Harian Metro

LAHIR DALAM AMBULANS

- Hafizudin Mohd Safar cnews@nstp.com.my

“Wsaya bersyukur kerana melahirkan anak ketiga dengan selamat,” kata alaupun sangat berdebar-debar, Rohaya Abd Rahman, 39, yang melahirkan bayi perempuan di dalam ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11.15 malam, wanita itu melahirkan bayi seberat 2.41 kilogram (kg) di dalam ambulans ketika dikejarkan ke hospital dari Klinik Desa Titi Tinggi (KDTT), dekat sini.

Rohaya berkata, sebelum kejadian, dia terasa sakit seperti ingin melahirkan anak ketika berada di rumahnya di Kampung Bukit Chabang Selatan di Padang Besar.

Dia kemudian menghubung­i KDTT sebelum dikunjungi tiga jururawat dan dinasihatk­an ke klinik berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, suaminya, Zainizam Zainol, 42, tiada di rumah kerana bertugas sebagai pengawal keselamata­n di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Puan Muda Tengku Fauziah.

“Setibanya di KDTT, saya makin sakit dan jururawat meminta bantuan ambulans APM untuk membawa saya ke HTF.

“Tetapi, sebelum sempat sampai di HTF, saya melahirkan bayi di dalam ambulans dibantu jururawat dan anggota APM, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di HTF di sini, semalam.

Rohaya berkata, dia tidak menyangka melahirkan anak dalam masa terdekat

 Wanita lahirkan anak ketiga ketika perjalanan ke hospital

kerana tarikh jangkaan kelahiran pada 2 April 2018.

“Saya juga tidak berbuat sebarang persiapan awal sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dia pernah mendengar kisah orang melahirkan anak dalam pelbagai jenis kenderaan ketika dalam perjalanan ke hospital, namun tidak menyangka ia berlaku kepada dirinya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia