Harian Metro

SANGKAL SKANDAL

 Syamsul Debat nafi dakwaan skandal dengan isteri orang

- Tuty Haryanti Ahmad Rodzi tuty@nstp.com.my

“Saya baru balik dari mengerjaka­n umrah semalam (kelmarin) dan tiba-tiba dimaklumka­n ada laporan polis mendakwa saya mempunyai skandal dengan isteri orang,” kata penceramah bebas, Syamsul Debat, 41, atau nama sebenarnya, Syamsul Amri Ismail.

Beliau berkata, tuduhan dibuat itu adalah tidak benar, malah dia tidak tahu apa isi kandungan dan siapa yang membuat laporan polis terbabit.

Katanya, setakat ini, polis juga belum memanggiln­ya untuk memberi keterangan berhubung laporan itu.

Bagaimanap­un, dia tiada masalah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika diminta berbuat demikian.

“Saya menafikan semua tuduhan itu. Saya sendiri tidak tahu laporan mengenai apa...motif laporan itu dibuat dan tidak tahu juga sama ada laporan itu bertujuan menjejaska­n reputasi saya.

“Saya tidak terfikir ada orang berdendam kerana setiap hari saya berinterak­si dengan ramai orang dan banyak mengadakan ceramah,” kata anak kelahiran Kampung Ayer Dedali, Jempol pada sidang media di sebuah restoran di sini, semalam.

Pada sidang media itu, Syamsul yang memiliki Diploma Pentadbira­n Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kelihatan tenang sambil ditemani peguamnya, Datuk T Anandan.

Sidang media itu cuma berlangsun­g 10 minit berikutan Syamsul perlu menghadiri satu program lain di Kuala Terengganu, jam 9 malam tadi.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahka­n menerima satu laporan dibuat seorang lelaki di Johor Bahru yang mendakwa seorang penceramah bebas mempunyai skandal dengan isteri orang.

Pengadu dalam laporannya mendakwa penceramah terbabit berkenalan dengan isterinya berusia 39 tahun

Saya tidak terfikir ada orang berdendam

Syamsul Debat

yang tinggal di Johor Bahru melalui laman Facebook sebelum hubungan kedua-duanya menjadi lebih rapat dan saling berhubung melalui telefon.

Lelaki itu turut mendakwa pada hujung Disember lalu, penceramah dan isterinya bertemu di sebuah hotel di Seremban dan memberi isterinya sejumlah wang.

Mengulas lanjut, Syamsul berkata, beliau kecewa dengan tindakan sesetengah media yang melaporkan mengenai perkara itu dengan menyertaka­n profil lengkap dirinya seolah-olah terbukti dia terbabit dengan kejadian berkenaan.

Justeru, beliau memberi tempoh 24 jam kepada media terbabit untuk membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

“Laporan itu jelas tidak menjaga sensitivit­i saya dan keluarga terutama ibu yang terkesan dengan berita itu. Saya berharap kenyataan ini dapat membersihk­an nama saya dan keluarga,” katanya.

Syamsul berkata, meskipun terpalit dengan isu itu, dia menjalanka­n aktiviti berceramah seperti biasa bagi memenuhi undangan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada Syamsul dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia