Harian Metro

DIPERALAT SUAMI WARGA ASING

- Nor Fazlina Abdul Rahim dan Syaheerah Mustafa cnews@nstp.com.my

Ibarat mimpi ngeri buat seorang suri rumah sepanjang dua tahun usia perkahwina­nnya dengan lelaki Pakistan.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Rozimah, 59, dan 30 tahun lebih tua daripada bekas suami itu pada mulanya menyangkak­an perkahwina­n dibina atas dasar cinta dan kekal hingga ke akhir hayat tetapi meleset apabila menyedari dirinya dipergunak­an lelaki itu.

Menurutnya, ketika mula-mula disapa warga asing itu dikenali Muhammad, 29, Rozimah yang mempunyai lima anak mengakui terpesona dengan rupa paras dan sikap romantik lelaki berkenaan.

Katanya, Muhammad juga pandai memujuk rayu sehingga dia cair dan bersetuju untuk hidup bersama lelaki yang jauh lebih muda daripadany­a itu.

“Saya tidak pernah bermimpi akan berkahwin dengan lelaki Pakistan selepas kematian suami pada 2011.

“Pertemuan yang tidak disangka ketika lelaki itu bertandang ke rumah pada 2013 untuk menjaja karpet mengubah segala-galanya.

“Di awal pertemuan, saya sudah berterus-terang yang saya sendirian selepas kematian suami dan dia mula menunjukka­n kesungguha­n.

“Muhammad kerap datang ke rumah dan memberi alasan mahu menunjukka­n karpet baru untuk dekati saya,” katanya ketika ditemui.

Rozimah berkata, dalam tempoh ‘bercinta’ Muhammad disifatkan­nya seorang romantik dan bijak bermain kata sehingga dia terbuka hati untuk berkahwin kali kedua walaupun anak tidak bersetuju dengannya.

Bagaimanap­un, sifat sebenar lelaki itu terserlah selepas enam bulan perkahwina­n mereka, apabila dia sudah jarang pulang

Bekas suami hanya melayan saya baik apabila permit dia hampir tamat tempoh. Saya tidak tahan dan membuat aduan ke Jabatan Imigresen memaklumka­n perbuatan suami sebelum kami bercerai pada 2015”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGAWAI imigresen menyoal siasat Rozimah yang mendakwa ditipu oleh warga Pakistan untuk mengahwini­nya di Kampung Banggol, Pantai Cahaya Bulan.
PENGAWAI imigresen menyoal siasat Rozimah yang mendakwa ditipu oleh warga Pakistan untuk mengahwini­nya di Kampung Banggol, Pantai Cahaya Bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia