Harian Metro

BERUNDUR DARI PPIM?

 Kedudukan Yusuf Azmi dalam PPIM diketahui hari ini

- Yusmizal Dolah Aling cnews@nstp.com.my

Kita hormati dan hargai ketetapan dia buat, kita terima

Nadzim Johan

Desas-desus mengenai kedudukan Yusuf Azmi sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diketahui hari ini.

Ia bakal menjawab persoalan banyak pihak mengenai status Yusuf yang bersama PPIM sejak enam tahun lalu berikutan dia dikatakan tidak lagi sehaluan dengan gerak kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu memperjuan­gkan nasib pengguna itu beberapa bulan lalu.

Satu sidang media diadakan di ibu pejabat PPIM di Jalan Sultan Ismail di sini, petang ini bagi menjawab persoalan mengenai kedudukan Yusuf dan penjelasan mengenai isu berkaitan dirinya.

Harian Metro difahamkan, Yusuf mengundurk­an diri daripada persatuan itu untuk memberi lebih tumpuan kepada perniagaan­nya namun masih memberi so- kongan kepada PPIM.

Sebelum ini, beberapa kes dikendalik­an Yusuf bersama Unit Tindakan Khas PPIM menyebabka­n aktivis itu menjadi bualan masyarakat dan diangkat sebagai ikon muda untuk pengguna di negara ini.

Antara kejayaan Yusuf adalah serbuan ke premis bagi menemani pengadu untuk mendapat bayaran balik kes penipuan telefon bimbit, serbuan ke atas premis pajakan kereta di Kajang, isu penipuan skim perumahan, gerakan perangi along serta gores dan menang.

Selain PPIM, Yusuf juga menjadi Ketua Sekretaria­t Persatuan Anak Muda Islam Malaysia, Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia dan turut aktif dalam Gerakan Banteras Aktiviti Haram sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menghormat­i apa juga keputusan diumumkan Yusuf dan menganggap semua itu yang terbaik buat dirinya dan persatuan.

“Ya, kita hormati dan hargai ketetapan dia buat, kita terima. Semoga ia memberi manfaat bersama baik kepada dia (Yusuf) dan PPIM,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, sebuah portal melaporkan Nadzim sebagai berkata, Yusuf tidak lagi terbabit secara langsung dengan PPIM, tetapi perlu menyelesai­kan urusan yang tertangguh dengan persatuan itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? YUSUF
YUSUF
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia