Harian Metro

SYOK LAYAN BELUT

 Lelaki redah paya saban hari cari sumber pendapatan sampingan

- Nazdy Harun cnews@nstp.com.my

“Walaupun saya berdepan ancaman haiwan berbisa seperti ular namun ia tidak mematahkan minat saya untuk terus bergeluman­g dalam lumpur bagi mencari belut liar,” kata Mohd Azwan Mat Asri, 24, dari Kampung Jerlan, di sini.

Menurutnya, mencari belut liar adalah sumber pendapatan sampingann­ya sejak lima tahun lalu dan saban hari dia terpaksa meredah paya untuk mendapatka­n belut.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, pendapatan sampingan yang diperoleh hasil menjual belut liar antara RM200 dan RM300 sebulan dan mampu mencecah sehingga RM500 jika dia lebih kerap turun ke paya.

“Saya penggemar belut tegar, tetapi kebanyakan yang dijual di kedai adalah belut pelihara bukannya belut liar atau belut kampung.

“Untuk memenuhi minat serta cita rasa sendiri saya mula mencari belut di kawasan paya selepas tamat tingkatan lima.

“Lama-kelamaan ia bukan saja memberikan saya keseronoka­n dan kepuasan, malah peluang menjana pendapatan sampingan kerana belut kampung ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemarn­ya berbanding belut yang diternak. “Pekerjaan utama saya ialah mengambil upah memungut kelapa sawit dan jika ada masa lapang saya bersama ahli keluarga ke kawasan berpaya berhampira­n kampung untuk mencari belut,” katanya.

Menurutnya, sekilogram belut dijual antara RM18 dan RM20 dan jika kerap turun ke paya dia mampu memperoleh pendapatan lebih daripada itu.

Katanya, berdasarka­n pengalaman­nya tempoh peralihan cuaca antara tengkujuh ke musim panas adalah tempoh paling banyak atau mudah untuk mendapat belut namun untuk menangkapn­ya ada kaedah tersendiri.

Mohd Azwan berkata, dia menggunaka­n batang tukil (sejenis alat menangkap belut) yang dihasilkan sendiri daripada paip PVC dan setakat ini dia mempunyai lebih 25 unit dengan panjang berbeza.

“Tukil ini diletakkan di kawasan belut, kebiasaann­ya saya letak pagi dan angkatnya kembali petang.

“Selain tukil saya juga guna cara mengail belut menggunaka­n alat memancing yang diubah suai ,tetapi masih tetap ada mata kail manakala umpan pula saya gemar gunakan ikan selayang yang dicincang halus,” katanya.

Menurutnya, hobinya itu bukan mudah kerana pernah melalui pelbagai cabaran antaranya terjatuh ke dalam paya selain dia juga berdepan situasi cemas apabila terserempa­k dengan haiwan berbisa termasuk ular tedung selar yang besar dan panjang.

Katanya, walaupun mencabar namun dia tetap puas dengan hasil kerja yang dilakukan kerana selain mampu menjana pendapatan masa lapangnya juga tidak terbuang dengan aktiviti tidak berfaedah.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Azwan menunjukka­n belut paya yang ditangkapn­ya.
MOHD Azwan menunjukka­n belut paya yang ditangkapn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia