Harian Metro

800 syarikat sertai MIHAS 2018

-

Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) 2018 terus mendapat perhatian pemain industri halal tempatan dan luar negara yang mana lebih daripada 800 syarikat menyertain­ya tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, penganjura­n kali ke-15 itu menyaksika­n sebanyak 37 peratus penyertaan syarikat luar dari 41 negara.

Beliau berkata, antara enam negara utama dengan tapak pavilion negara terbesar pada pameran halal akan datang itu ialah India, Thailand, Indonesia, Taiwan, Iran dan China.

“Penyertaan itu membuktika­n industri halal semakin berkembang pesat dan Malaysia terus menjadi peneraju bagi pembanguna­n sektor terbabit dengan pelbagai kemajuan dan inovasi.

“Sebagai pameran halal terbesar dunia, MIHAS akan terus memimpin dan membantu industri dengan membantu perniagaan dan pelaburan dalam sektor halal di peringkat dunia,” katanya pada majlis pelancaran MIHAS 2018, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Matrade, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Pengarah Halal, F&B dan Unit Agro Matrade, Mohd Aminuddin Sham Tajudin.

Mohd Shahreen berkata, sejak penganjura­n pertamanya pada 2004, MIHAS berjaya menarik 6,500 syarikat dari 70 negara dengan transaksi jualan mencecah sehingga RM14 bilion.

MIHAS 2018 yang dianjurkan oleh Matrade bakal diadakan pada 4 hingga 7 April ini di Pusat Pameran Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) bersempena dengan Minggu Halal Dunia (WHC) 2018 yang berlangsun­g pada 26 Mac hingga 7 April depan.

 ??  ?? DR Mohd Shahreen (tiga dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian penaja pada sidang media MIHAS, semalam.
DR Mohd Shahreen (tiga dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian penaja pada sidang media MIHAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia