Harian Metro

Penjara jika sengaja tidak lapor kes dera

-

Kuala Lumpur: Tindakan tegas bakal menanti mereka yang sengaja tidak melaporkan berlakunya sesuatu kes penderaan terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kewajipan itu selaras pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 yang diluluskan pada 2016 lalu.

Sehubungan itu, katanya, tiga pihak, iaitu pengamal perubatan ahli keluarga dan pengasuh, masing-masing mengikut Seksyen 27, 28 dan 29 Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016 wajib melaporkan sebarang kes penderaan.

“Hukuman penjara dan denda boleh diambil terhadap mereka yang tidak melaporkan atau mempunyai sebab munasabah berlakunya kes penderaan membabitka­n kanak-kanak.

“Pihak lain yang secara tidak langsung tertakluk kepada pindaan akta ini untuk melaporkan kes penderaan adalah anggota masyarakat menerusi peruntukan Seksyen 29A Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016.

“Walaupun tiada kewajipan berbuat demikian, masyarakat atau pihak selain daripada ibu bapa, pengasuh dan pengamal perubatan wajar menjalanka­n tanggungja­wab untuk menangani kes penderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar

“Hukuman penjara dan denda boleh diambil terhadap mereka yang tidak melaporkan atau mempunyai sebab munasabah berlakunya kes penderaan membabitka­n kanak-kanak”

Azizah

Baharu), di Dewan Rakyat, semalam, berkaitan tindakan yang menanti pihak berkaitan jika tidak melaporkan kes penderaan.

“Pegawai penyiasat akan datang ke rumah terbabit untuk menyiasat dan mengambil kanak-kanak berkenaan untuk diletakkan bawah jagaan sementara sekiranya mendapati wujud asas kukuh berlakunya kes penderaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia