Harian Metro

Wok amal puasa,solat Tahajud rahsia usia seabad

-

Kuantan: Kerap melakukan solat sunat Tahajud selain berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis.

Itu rahsia diamalkan warga emas berusia 100 tahun, Wok Osman apabila menjadikan dua ibadat berkenaan sebagai rahsia peribadi untuk dia kekal sihat.

Pada usia satu abad pasti ramai terkejut apabila mengetahui dia bukan saja tidak menghidap sebarang penyakit kronik malah masih mempunyai penglihata­n tajam serta memiliki daya ingatan cerdas.

Menurut ibu kepada 12 anak yang memegang MyKad 180415-11-5012 itu walaupun kekuatan fizikalnya semakin lemah disebabkan faktor usia dia tidak meninggalk­an amalan wajib dalam Islam iaitu solat fardu lima waktu.

Wok yang menetap di perkampung­an Tanjung Api, di sini, bersama anak lelakinya, Razali Muhamad, 60, memaklumka­n anak ketujuhnya sering membantuny­a menguruska­n keperluan hariannya termasuk membantu mengambil wuduk.

“Anak mak cik (Razali) sering bantu untuk ambil wuduk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Wok yang dilahirkan di Kemaman, Terengganu dan mempunyai 60 cucu, turut memaklumka­n kadang kala anak perempuan keenam, Nor Aziah, 62, yang tinggal bersebelah­an rumahnya menghantar dan membelikan makanan untuk mereka dua beranak.

Walaupun Wok menginjak usia senja dan sering dikaitkan dengan penyakit nyanyuk, perkara itu sama sekali tidak dialaminya malah mampu menghafal zikir ringkas serta mengenali semua 12 anak dan sebahagian besarnya cucunya.

“Walaupun arwah suami, Muhamad Jusoh (89 tahun) meninggal dunia pada 1996 akibat sakit tua namun saya bersyukur kerana dipanjangk­an usia dan dapat meneruskan hidup bersama anak dan cucu.

“Mak cik tiada rahsia pemakanan, makan apa saja yang anak beri. Cuma saya makan dalam kuantiti sedikit saja,” katanya.

Mak cik tiada rahsia pemakanan. Cuma makan dalam kuantiti sedikit

Wok Osman

 ??  ?? WOK
WOK
 ??  ?? MYKAD milik Wok.
MYKAD milik Wok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia