Harian Metro

Korban puncak Mulu

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Pendaki warga United Kingdom (UK) meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital di sini, semalam selepas terjatuh ketika menuruni Puncak Pinnacle, Gunung Mulu.

Nigel Bevan, 50, yang keletihan dikatakan hilang imbangan badan ketika dalam perjalanan turun dari puncak berkenaan yang berjaya ditawannya, Ahad lalu, sebelum terjatuh daripada ketinggian 1,710 meter dari paras laut, kelmarin.

Rakan yang bersamanya menghubung­i pihak pengurusan Taman Negara Gunung Mulu bagi mendapatka­n bantuan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, sepasukan anggota Unit Udara Bomba kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi membawa turun mangsa oleh pasukan penyelamat dibantu rakan pendaki lain dan penduduk kampung mengambil masa lapan jam untuk ke kem berhampira­n.

“Di lokasi kejadian, mangsa yang parah di kepala dan badan diberikan rawatan awal oleh pasukan penyelamat.

“Usaha menurunkan mangsa dilakukan berhati-hati kerana laluan berliku, malah ia antara laluan pendakian paling mencabar di Gunung Mulu,” katanya.

Law berkata, mangsa dibawa ke Kem 5 Gunung Mulu kira-kira jam 6 pagi semalam sebelum diterbangk­an ke Hospital Miri menggunaka­n helikopter Unit Udara Bomba.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dalam penerbanga­n ke Hospital Miri,” katanya.

Difahamkan, Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi British di Kuala Lumpur sudah dimaklumka­n mengenai insiden berkenaan.

 Pendaki UK maut jatuh Gunung Mulu akibat gagal imbang badan

 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersama Pasukan SAR Mulu Park memberi bantuan kecemasan kepada Bevan.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersama Pasukan SAR Mulu Park memberi bantuan kecemasan kepada Bevan.
 ??  ?? BEVAN dikejarkan ke Hospital Miri menggunaka­n helikopter bomba.
BEVAN dikejarkan ke Hospital Miri menggunaka­n helikopter bomba.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia