Harian Metro

Serah diri demi suami

- Nordiana Shafiee am@hmetro.com.my

 Pasangan antara 21 pekerja asing ditahan dalam serbuan di sebuah restoran

Sayangkan suami menyebabka­n seorang wanita warga Thailand berpatah semula selepas menyedari suaminya diberkas anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, wanita berusia 40-an itu sempat melarikan diri melalui pintu belakang selepas restoran ala Thai terletak di Kuala Ketil di sini, diserbu pihak berkuasa melalui operasi Op Mega 2.0.

Wanita terbabit bagaimanap­un berpatah balik selepas mendapati suaminya gagal melarikan diri dan ditahan Jabatan Imigresen Kedah.

Pasangan suami isteri berusia 40-an itu antara 21 pekerja asing yang ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen termasuk melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja di sini.

Operasi bersama Majlis Daerah Baling, PDRM dan Pejabat Kesihatan

Daerah Baling itu mensasarka­n 12 restoran ala Thai di sekitar Kuala Ketil.

Pengarah Imigresen negeri Zuhair Jamaludin berkata, dalam operasi selama empat jam bermula 8 malam itu, seramai 84 warga asing termasuk warga tempatan diperiksa.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n di enam restoran mendapati 21 warga Thailand berusia antara 19 hingga 49 tahun melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan ini membabitka­n 15 lelaki dan enam wanita dipercayai melakukan kesalahan melanggar syarat pas lawatan diberikan dan ada antara mereka langsung tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah.

“Ketika serbuan, ada antara mereka cuba melarikan diri ke dalam kawasan hutan berhampira­n. Ini menyebabka­n anggota kami mengejar sejauh 200 meter sebelum menangkap suspek,” katanya.

Zuhair berkata, semua pekerja warga asing itu akan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ?? PENDATANG asing tanpa izin warga Thailand yang ditahan dalam operasi
Jabatan Imigresen, malam kelmarin.
PENDATANG asing tanpa izin warga Thailand yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia