Harian Metro

Perlukan sampel DNA kenal pasti mayat

-

Batu Pahat: Jabatan Kesihatan Johor memerlukan sampel DNA waris keluarga mangsa tragedi kapal korek terbalik di perairan Parit Jawa, Rabu lalu, bagi mengenal pasti identiti sebenar dua mayat yang ditemui.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata keadaan mayat yang reput menyukarka­nnya dikenal pasti.

Katanya, dua mayat lain sudah dikenal pasti berikutan dalam keadaan sempurna ketika ditemui di bahagian dalam kapal, namun belum dituntut Kedutaan China.

“Proses pengecaman ke atas dua mayat yang belum dikenal pasti akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas kita memperoleh DNA keluarga waris dengan bantuan Kedutaan China.

“Tiga mangsa yang diselamatk­an masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Dua lagi mangsa sudah dibenarkan keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Sambutan Hari Tibi Sedunia 2018 peringkat Johor di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddee­n Abd Aziz.

Pada jam 8.50 pagi Rabu lalu, Pusat Operasi Pangkalan Maritim Malaysia Pangkalan Batu Pahat menerima panggilan kecemasan memaklumka­n kapal berkenaan terbalik.

Sehingga kini, lima kru kapal berjaya diselamatk­an, empat ditemui meninggal dunia, manakala sembilan lagi masih hilang.

Pasukan SAR menghentik­an operasi menyelam kel- marin selepas membuat pemeriksaa­n menyeluruh dan berulang kali dalam kapal terbabit tetapi tidak menemui mangsa baru.

Bagaimanap­un, operasi di permukaan air diteruskan bagi mencari mangsa yang masih hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia