Harian Metro

Tunjuk realiti sengsara hidup penagih

-

Langkah lebih agresif perlu dilakukan bagi membendung seterusnya menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

Presiden Permuafaka­tan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Prof Madya Datuk Ali Hasan berkata, pengamatan pihaknya mendapati langkah yang diambil kini oleh pihak berwajib perlu lebih agresif.

“Masih ada ruang yang boleh diperbaiki, perlu adakan lebih banyak lagi kempen agresif pencegahan dadah.

“Sebagai contoh, kita bawa pelajar melawat pusat serenti, kita tunjukkan realiti sebenar kesan penagihan dadah, keburukan dan kesengsara­an mereka yang terbabit dengan dadah.

“Kita harus tunjukkan bahaya dadah ini kepada mereka, inisiatif ini boleh dilakukan secara kerjasama di antara pihak sekolah dan persatuan belia setempat,” katanya ketika dihubungi.

Ali berkata, isu penagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah perlu dilihat daripada sudut yang lebih mendalam.

“Semasa Perang Candu di China, bagaimana candu digunakan secara halus bagi melemahkan orang China pada masa itu.

“Kita tidak mahu perkara ini berulang di negara kita, membabitka­n rakyat dan generasi muda kita, dilemahkan dengan masalah penagihan dadah,” katanya.

 ??  ?? ANTARA aktiviti kecergasan yang menjadi modul latihan PENGASIH.
ANTARA aktiviti kecergasan yang menjadi modul latihan PENGASIH.
 ??  ?? PELATIH dipeluk ibu bapa selepas tamat sesi pemulihan.
PELATIH dipeluk ibu bapa selepas tamat sesi pemulihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia