Harian Metro

Hidup jangan sensitif, ‘sentap’

-

“Kejian itu manis. Hidup kita jangan terlalu sensitif dan cepat ‘sentap’. Saya memilih mengucapka­n terima kasih berbanding nak ambil hati dengan kecaman yang dilemparka­n pihak tertentu terhadap saya.”

Demikian kenyataan Elly Mazlein, 38, berhubung dakwaan segelintir pihak yang mempertika­ikan kemampuann­ya sebagai pengacara Mentor Otai berganding­an dengan Haziq Hot FM.

Sebaik bermula episod pertama Mentor Otai lalu, sudah kedengaran cakap-cakap mengatakan Elly mengada-ngada dan ‘gedik’ ketika mengendali­kan program yang disiarkan secara langsung setiap Ahad di TV3.

“Tidak mengapa kerana pada saya itu adalah nafsu amarah mereka. Saya hanya manusia biasa dan sedaya-upaya lakukan yang terbaik. Asalkan tidak buat yang bukan-bukan itu dikira sudah okay,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia