Harian Metro

Bulan madu bertukang urut

-

Kota Bharu: Pasangan baru kahwin yang menyertai Program Kem Bulan Madu oleh kerajaan negeri akan diperkenal­kan dengan tukang urut kuat (tenaga batin).

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pasangan terbabit juga akan dibawa bercuti secara percuma selama tiga hari dua malam di sekitar negeri ini.

Katanya, pasangan yang menyertai program itu adalah kakitangan di bawah Urus Setia Belia dan Sukan yang terletak di bawah Exconya dan langkah itu diambil bagi meraikan pasangan baru berkahwin.

“Pihak kami sentiasa berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) untuk mengadakan program perkahwina­n.

“Pada masa sama, kita di Urus Setia Belia dan Sukan turut mengadakan Kem Bulan Madu selepas sebulan antara dua bulan pasangan berkahwin. Langkah ini diambil untuk memastikan pasangan yang baru berkahwin merasakan kerajaan negeri sentiasa beri sokongan, sehinggaka­n kita bawa pasangan ini jumpa (perkenalka­n) dengan tukang urut kuat.

“Kita turut adakan program raikan cinta untuk meraikan pasangan yang sudah setahun berkahwin dan mempunyai cahaya mata dengan memberi sedikit sagu hati,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Ketika ditanya Speaker DUN Datuk Abdullah Ya’kub mengenai lokasi tukang urut itu, Abdul Fattah berkata, ia di Kampung Laut, Tumpat.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang mahu mengetahui langkah kerajaan negeri mengatasi masalah perceraian yang semakin meningkat di negeri ini.

Sementara itu, Abdul Fattah ketika dihubungi berkata, menerusi program Kem Bulan Madu itu, pasangan yang dipilih akan dibawa bercuti secara percuma selama tiga hari dua malam di sekitar negeri ini.

“Program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri membabitka­n pasangan yang kurang berkemampu­an,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Fattah
ABDUL Fattah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia