Harian Metro

Ugut dalam FB

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

 Along malukan peminjam wang masuk perangkap sendiri

Tindakan dua lelaki yang dipercayai ceti haram atau along menggunaka­n laman Facebook (FB) untuk mengugut dan memalukan seorang peminjam yang gagal menjelaska­n hutang membawa padah apabila ditahan polis di sini, kelmarin.

Suspek masing-masing berusia 20 dan 29 tahun ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, selepas menularkan gambar kad pengenalan dan gambar anak mangsa dalam Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, berdasarka­n fakta kes, mangsa ahli perniagaan berusia 57 tahun membuat pinjaman dengan along berkenaan sebanyak RM45,000 pada tahun lalu.

“Perjanjian bayaran hutang berkenaan adalah RM670 sehari. Pada Disember lalu, mangsa berjumpa dengan along berkenaan dan menerima wang RM45,000,” katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas memperoleh wang berkenaan, mangsa mendakwa sentiasa membuat bayaran pinjaman seperti dijanjikan.

“Namun pada Ahad lalu, mangsa menerima mesej daripada rakan yang menyatakan gambar kad pengenalan­nya ditularkan di dalam Facebook bernama Genie Rain,” katanya.

Mohd Wazir berkata, malah gambar yang ditularkan itu turut diletakkan dakwaan mangsa tidak membayar hutang.

“Selain daripada itu, suspek juga mengugut hendak mengapa-apakan mangsa sekiranya gagal membuat pembayaran.

“Mangsa juga tidak berpuas hati dengan tindakan along berkenaan menularkan gambar anaknya di Facebook,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan, kelmarin kerana bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada keluargany­a pada kemudian hari.

“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntu­kkan hukuman denda minimum RM250,000 dan maksimum RM1 juta atau boleh dipenjarak­an sehingga lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

 ??  ?? MOHD Wazir
MOHD Wazir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia