Harian Metro

RM923,000 lebur beli mesin Bitcoin

-

Subang Jaya: Seorang pengurus syarikat berputih mata apabila kerugian RM923,000 selepas menjadi mangsa penipuan berhubung pembelian 150 mesin Bitcoin oleh seorang lelaki, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa berusia 30 tahun itu membuat pembayaran kepada pembekal di sebuah restoran di SS 15 berhubung pembelian mesin berkenaan.

“Bagaimanap­un, sehingga kini mesin yang ditempah tidak diperoleh menyebabka­n mangsa membuat laporan polis.

“Mangsa membuat pembelian 150 mesin Bitcoin itu berjumpah RM1.8 juta,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Muhamad Azlin berkata, polis giat mengesan lelaki berusia 25 tahun dipercayai aktif menipu mangsa berhubung penjualan mesin Bitcoin.

“Suspek memperdaya mangsa dengan memujuk membuat pelaburan melalui mesin Bitcoin.

“Namun selepas pembayaran dilakukan, suspek tidak menghantar mesin berkenaan dan menghilang­kan diri,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia