Harian Metro

Main-main’

-

Metro Ahad menerusi laporan khas sebelum ini mendedahka­n aktiviti penyeludup­an migran termasuk yang membabitka­n etnik Rohingya yang menjadikan Bukit Kobeh atau Khoa Ko Be sebagai laluan terbaru bagi kegiatan haram itu.

Mustafar berkata, sindiket penyeludup­an migran kini beralih ke Bukit Kobeh atau Khao Ko Be selepas pihaknya menggempur laluan sekitar Durian Burung, Kedah.

“Saya percaya, disebabkan operasi kita di Durian Burung, sindiket beralih ke Bukit Kobeh. Sindiket memang sentiasa bergerak dan selepas laluan penyeludup­an diserbu, mereka berpindah ke kawasan sempadan yang lain,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Mustafar berkata, sindiket dipercayai mengumpan migran dengan menawarkan pekerjaan kepada mereka.

“Kadangkala, pekerjaan dijanjikan tidak wujud, bila migran masuk ke Malaysia mereka dikurung sebelum dijual. Sebelum ini ada kes, 89 migran disumbat di dalam sebuah rumah kedai di Seri Kembangan,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, Mustafar berkata, ada segelintir majikan cuba mengelak daripada menggaji pekerja asing dengan cara sah kerana mahu mengaut keuntungan.

“Alasan proses permohonan lambat tidak logik. Sistem sekarang semua atas talian. Majikan mahu menggaji pekerja asing kerana nak jimat kos berbanding ambil orang tempatan.

“Bila kami tangkap nanti majikan kata ‘oh, kami takde (tidak ada) pekerja...nanti syarikat tutup. Dia (majikan) tak boleh ugut negara hanya kerana mahukan pekerja haram.

“Imigresen tidak berkomprom­i dalam isu keselamata­n negara, kami boleh kompaun dan bawa majikan ke mahkamah termasukla­h membekukan semua aset mereka. Akaun sebuah syarikat antarabang­sa bernilai RM25 juta kami bekukan. Kami bukan main-main,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia