Harian Metro

Jantung kembar siam

-

 Pembesaran bayi terbantut, cepat kepenatan

Yafits sembuh amat tipis, malah hayatnya juga dijangka tak lama.

“Kami tidak sampai hati untuk menanggalk­an alat bantuan pernafasan Muhammad Yafits memandangk­an terpaksa tunggu 10 tahun untuk mendapat anak lagi selepas kelahiran abang dan kakaknya masing-masing kini berusia 11 serta 13 tahun.

“Saya juga sudah menjalani prosedur mengikat peranakan (BTL) selepas mendapat nasihat pakar kerana berisiko melahirkan anak lagi,” katanya ketika ditemui di kuaters kakitangan di Penjara Kajang, semalam.

Katanya, dia dan suami, Abd Rasid Atan, 35, sedar setakat ini belum ada penawar mampu menyembuhk­an anak mereka namun pasangan itu tidak pernah mengalah demi memastikan kelangsung­an hidup Muhammad Yafits.

“Boleh kata hayat Muhammad Yafits bergantung kepada pembedahan. Sejak lahir sudah dua kali dia dibedah, yang pertama untuk memasukkan dua batang besi dalam urat bagi memudahkan laluan oksigen dan darah, satu lagi ketika doktor pasang alat khas berfungsi untuk kembangkan urat.

“Pakar di Institut Jantung Negara (IJN) beritahu pembedahan bukan penyembuh tetapi sekadar bantu memanjangk­an hayat anak, tapi itu pun tak lama. Hati saya gundah setiap kali anak dibedah kerana peluangnya untuk sedar semua adalah 50/50.

“Pembedahan Jun depan dianggap paling kritikal kerana doktor perlu menutup saluran oksigen di otak serta membuka saluran oksigen di perut. Apa juga yang jadi kami semua sudah bersedia kerana semangat untuk lihat Muhammad Yafits tak pernah pudar,” katanya.

Katanya, jika pembedahan itu berjaya hayat Muhammad Yafits mampu mencapai empat tahun dan secara keseluruha­n bayi malang itu dijangka mampu hidup sehingga antara 20 hingga 30 tahun, namun perlu dibedah secara kerap.

Wanita itu berkata, sebelum ini suaminya bertugas sebagai wardar di sebuah penjara di Melaka dan terpaksa memohon pertukaran ke Penjara Kajang kerana tidak mampu lagi menanggung kos ulang-alik ke ibu negara ketika anak mereka menjalani prosedur pembedahan dan rawatan susulan.

Orang ramai boleh menyalurka­n bantuan berbuat demikian ke akaun Maybank 1620216136­62 atas nama Suzana Abdullah atau menghubung­inya di talian 019-3479964.

 ??  ?? SUZANA bersama Abdul Rasid memeriksa degupan jantung Muhammad Yafits Haiqal yang memiliki jantung kembar siam dan hanya satu saluran injap berfungsi.
SUZANA bersama Abdul Rasid memeriksa degupan jantung Muhammad Yafits Haiqal yang memiliki jantung kembar siam dan hanya satu saluran injap berfungsi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia