Harian Metro

Dulu aktif kini lesu

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Seremban: “Dia anak yang aktif dan berbakat dalam bola sepak sehingga dinobatkan penjaga gol nombor satu Rembau bagi kategori bawah 12 tahun.

“Tapi, saya tidak menyangka dia kini terlantar selepas menghidap penyakit yang tidak diketahui dan belum dapat dikesan punca sebenar,” kata Siti Nurhidayah Nordin, 31, ibu kepada Mohd Haikal Mohd Hanafi, 12, pemain bola sepak bawah 12 tahun Negeri Sembilan yang juga pelatih Program Pembanguna­n Bola Sepak Akar Umbi Negeri Sembilan.

Siti Nurhidayah yang kini menetap di Sepri, Rembau berkata, kesihatan anak sulung daripada empat beradik itu terganggu sebaik menamatkan penyertaan dalam kejohanan bola sepak empat penjuru di Alor Setar, Kedah pada 10 Mac lalu.

Menurutnya, dalam kejohanan itu Mohd Haikal yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sepri Rembau mewakili kelabnya, R&W Rembau Wanted FC.

“Ketika perlawanan itu, dikatakan berlaku kekasaran dengan pemain lawan menyebabka­n Mohd Haikal cedera di belakang badan ketika dia ingin menyelamat­kan gawangnya daripada dibolosi.

“Kembali ke Rembau, Haikal memberitah­u tangan kirinya tiba-tiba menjadi lemah dan saya bersama suami (Mohd Hanafi Sidek, 32) terus membawanya ke klinik berhampira­n bagi mendapatka­n rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Tampin, Jumaat lalu selepas mendapati kesihatann­ya tidak berubah.

“Saya kemudian membawanya ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada malam Ahad selepas mendapati suhu badannya terlalu panas selain hilang selera makan dan kurang bercakap,” katanya ketika ditemui di HTJ.

Berita Mohd Haikal turut menjadi viral di laman sosial Facebook sejak Ahad lalu.

Siti Nurhidayah berkata, pihaknya diberitahu doktor mengenai jangkitan kuman dalam badan anaknya selain ada masalah pada jantung.

Bayi seusianya sudah boleh merangkak dan galak meneroka dunia, namun disebabkan memiliki jantung kembar siam selain hanya satu injap yang berfungsi, pembesaran bayi sembilan bulan, Muhammad Yafits Haiqal Abd Rasid terbantut.

Tidak ada ungkapan boleh menggambar­kan penderitaa­n bayi malang itu kerana dia akan cepat kepenatan jika terlalu aktif melakukan aktiviti fizikal.

Ibunya, Suzana Abdullah, 33, berkata, masalah anak bongsu daripada tiga beradik itu berlaku berikutan Muhammad Yafits ‘mewarisi’ jantung kembarnya.

Cerita Suzana, ketika kandungan berusia enam minggu doktor mengesahka­n dia bakal melahirkan bayi kembar, namun pada bulan kelima wanita itu dimaklumka­n hanya satu janin mampu bertahan berikutan dia menghidap talasemia.

Berikutan itu, Muhammad Yafits dilahirkan dengan dua jantung, namun hanya satu saja saluran injap berfungsi, sekali gus menjejaska­n kesihatann­ya.

Suzana berkata, ikhtiar untuk mengubati masalah jantung Muhammad Yafits juga sukar dan kerap berakhir dengan kehampaan kerana amat jarang ditemui selain dialami seorang saja pesakit dalam sejuta penduduk dunia.

“Sembilan hari selepas dilahirkan, doktor beri pilihan kepada saya dan suami sama ada hendak meneruskan rawatan atau sebaliknya kerana peluang untuk Muhammad

 ??  ?? SITI Nurhidayah memantau kesihatan anaknya, Mohd Haikal yang kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Gambar kecil, Mohd Haikal ketika aktif sebagai penjaga gol.
SITI Nurhidayah memantau kesihatan anaknya, Mohd Haikal yang kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Gambar kecil, Mohd Haikal ketika aktif sebagai penjaga gol.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia