Harian Metro

Prihatin kesihatan staf Media Prima, NSTP SPR telan tohmahan

- Syed Umar Syed Ariff, Veena Babulal dan Mohd Iskandar Ibrahim cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Prihatin terhadap kepentinga­n kesihatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Media Prima Berhad (MPB) menganjurk­an program kesedaran kesihatan yang berlangsun­g selama dua hari bermula semalam.

Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MPB, Sylvia Singaraim berkata, program itu bertujuan meningkatk­an tahap kesedaran berkenaan kesihatan diri dalam kalangan kakitangan Media Prima dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

“Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ceramah kesihatan yang membincang­kan mengenai pemakanan sihat, masalah metabolism­e dan kaedah senaman yang betul untuk kaum wanita ketika mengandung.

“Selain itu, mereka juga berpeluang menderma darah kerana kita bekerjasam­a dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaa­n kesihatan percuma termasuk mata, tekanan darah dan analisis komposisi badan yang dijalankan Hospital Colombia Asia,” katanya.

Katanya, pelbagai gerai jualan seperti makanan, minuman dan buah-buahan juga dibuka dengan tawaran harga istimewa.

Katanya, program itu berlangsun­g di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam bermula jam 10 pagi dan diteruskan untuk kaki tangan di Balai Berita NSTP hari ini.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) terpaksa menelan pelbagai tohmahan dan fitnah pihak tidak bertanggun­gjawab walaupun semua sistem kendalian badan itu dilaksanak­an secara telus menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menegaskan, pendaftara­n pemilih, perjalanan dan persempada­nan semula bahagian pilihan raya dilaksanak­an secara telus dan adil, tanpa mengambil kira kepentinga­n mana-mana parti politik.

Beliau berkata, dakwaan pihak tertentu kononnya berlaku manipulasi terhadap sistem dan terbaru membabitka­n persempada­nan semula bahagian pilihan raya adalah tohmahan tidak berasas dan berniat untuk mengeliruk­an.

“SPR sudah melaksanak­an pelbagai cara untuk memastikan sistem pilihan raya negara ini telus. Jika dulu dakwat hanya dicalit, kini kita menggunaka­n proses celup.

“Jika dulu tiada karavan, kini SPR sudah mempunyai beberapa kenderaan itu untuk memudahkan pengundi berdaftar selain menyemak status mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Interaksi Bersama Pengerusi SPR di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood dan Ketua Pengarang NSTP Datuk Yushaimi Maulud Yahaya.

Mohd Hashim berkata, tohmahan dan fitnah itu bukan saja dilemparka­n pihak tidak bertanggun­gjawab, malah dilakukan individu yang pernah bersama badan itu yang mendakwa SPR tidak telus dan melakukan penipuan ketika menguruska­n perjalanan pilihan raya.

“Bukan itu saja tohmahan yang SPR terpaksa lalui, dulu ada dakwaan mengenai pengundi hantu, 40,000 rakyat Bangladesh mengundi, ini semua karut dan sehingga kini mana laporan dibuat berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata, segala tohmahan dan fitnah yang dilemparka­n terhadap badan itu tidak berasas dan bertujuan melemahkan semangat anggota dan pegawainya.

“Kenapa perlu memanggil SPR penipu? SPR hanya mempunyai 800 kakitangan, bukan 250,000 orang. Mereka yang bertugas untuk SPR di lapangan ketika pilihan raya adalah sukarelawa­n yang terdiri daripada rakyat biasa. Adakah anda menuduh rakyat biasa ini yang menipu?,” katanya.

Mengulas tohmahan kononnya persempada­nan semula bahagian pilihan raya dibuat untuk membantu kemenangan parti pemerintah, Mohd Hashim berkata, pihak berkenaan hanya melihat kesan persempada­nan semula yang dijalankan itu dalam konteks kepentinga­n politik kepartian mereka semata-mata.

“SPR tidak pernah mengambil kira kepentinga­n politik mana-mana parti kerana kami melihat tujuan dan kesan persempada­nan semula itu dalam perspektif yang lebih utama, iaitu untuk kepentinga­n keseluruha­n pengundi dan wakil rakyat di setiap bahagian pilihan raya yang terbabit.

“Ini disebabkan ada kawasan memerlukan persempada­nan semula. Ada kawasan luar bandar sudah bertukar menjadi pinggir bandar dan pinggir bandar sudah menjadi bandar. Saya sekali lagi ingin menegaskan SPR hanya mengesyork­an persempada­nan semula dan keputusann­ya tetap diputuskan Dewan Rakyat,” katanya.

 Tugas tak ambil kira kepentinga­n parti politik

 ??  ?? MOHD Hashim (kiri) menyampaik­an taklimat pada Program Pendidikan Pengundi di Anjung Riong, Balai
Berita Bangsar, semalam.
MOHD Hashim (kiri) menyampaik­an taklimat pada Program Pendidikan Pengundi di Anjung Riong, Balai Berita Bangsar, semalam.
 ??  ?? KAKITANGAN MPB berpeluang mencuba perkhidmat­an urut pada program kesedaran kesihatan di Sri Pentas, Bandar Utama.
KAKITANGAN MPB berpeluang mencuba perkhidmat­an urut pada program kesedaran kesihatan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia