Harian Metro

Lawak spontan untuk anak lepas bersenam

-

Kuala Lumpur: “Mana satu gambar sesuai untuk ‘bf’ (teman lelaki) anak saya.”

Itu status dimuat naik Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah, Deputi Superinten­dan Mohd Firdaus Francis Abdullah,

54, di akaun

(FB) miliknya yang kini tular di laman sosial.

Status Mohd Firdaus serta lima keping gambar dengan ekspresi wajah berbeza selain turut diedit itu kononnya ditujukan khas sebagai peringatan untuk teman lelaki anak perempuann­ya.

Ada dalam kalangan netizen menganggap aksi Mohd Firdaus sebagai comel dan tidak kurang pula memberikan komen ganas berikutan beliau memegang parang.

Imej itu tular sejak 21 Mac lalu dan menarik perhatian lebih 2,000 netizen yang memberikan pelbagai komen mengikut pendapat masing-masing selain dikongsi 4,400 kali di FB.

Mohd Firdaus berkata, imej itu adalah aksi spontannya dan gambar itu diambil selepas dia selesai bersenam.

Sementara anaknya, Farhaneda Mohd Firdaus Francis, 23, berkata, dia tidak menyangka gambar itu tular di media sosial.

“Ramai orang ingat status itu ditujukan khas kepada teman lelaki saya, namun hakikatnya saya masih solo,” katanya.

 ??  ?? AKSI Mohd Firdaus yang tular.
AKSI Mohd Firdaus yang tular.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia