Harian Metro

Peranan agamawan promosi keamanan

-

Kuala Lumpur: Golongan agamawan perlu mengetuai peranan dalam menangani ancaman ekstremism­e dan pelampau.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesederhan­aan dalam semua kepercayaa­n dan agama untuk mengembali­kan agenda perdamaian dan pragmatism­e, sekali gus meminggirk­an ekstremism­e serta radikal.

“Golongan ekstremism­e dan radikal tidak mempunyai agama atau budaya. Mereka berpenyaki­t yang boleh menyebabka­n perpecahan dan kemusnahan dalam masyarakat.

“Atas alasan ini, penganut agama di seluruh dunia perlu tampil ke hadapan dan menyokong agenda kesederhan­aan kerana ia pendekatan terbaik menangani masalah ini selain kemudarata­n disebabkan pemikiran ekstrem serta salah pemahaman dalam prinsip keagamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Antarabang­sa mengenai Kesederhan­aan Dalam Masyarakat Pelbagai Agama: Menuju Keamanan dan Keharmonia­n di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Yayasan Gerakan Kesederhan­aan Global (GMMF), Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Ahmad Zahid berkata, mempromosi­kan keamanan dan keharmonia­n menerusi kesederhan­aan adalah langkah pertama dalam menuju kepada agenda lebih besar iaitu penyatuan dalam pelbagai agama serta masyarakat.

 ??  ?? AHMAD Zahid selepas merasmikan simposium antarabang­sa, semalam.
AHMAD Zahid selepas merasmikan simposium antarabang­sa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia