Harian Metro

Tak percayakan Tuhan

 Usah biar fahaman ini menjadi ancaman kepada orang Islam

-

Pada Ogos lalu, satu perjumpaan tahunan kumpulan ateis didakwa diadakan di Kuala Lumpur.

Perjumpaan yang dianjurkan Atheist Republic itu diuruskan Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur iaitu cawangan Atheist Republic di negara ini.

Lebih mengejutka­n, perjumpaan itu turut dihadiri anak muda Melayu seperti dalam gambar yang tular di laman sosial.

Ia menjadi kebimbanga­n cukup besar kepada umat Islam di negara ini kerana jika benar dakwaan itu, jelas sudah ada golongan secara terang-terangan menganggot­ai pertubuhan yang tidak percaya kewujudan Tuhan.

Bagaimanap­un, maklumat terperinci lokasi perjumpaan itu diadakan tidak diketahui.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Muhamad Faisal Ashaari berkata, persoalan mengenai Tuhan adalah aspek paling asas dalam kehidupan manusia.

Menurutnya, ada kumpulan yang tidak menerima kewujudan Tuhan dengan alasan tiada bukti jelas mengenai kewujudan-Nya.

“Atheism bukan mengenai kepercayaa­n, ia adalah ketidakper­cayaan dan ia juga bukan mengenai keyakinan kerana ia adalah keraguan terhadap Tuhan.

“Bagi golongan itu, semua perkara perlu dijelaskan menerusi sains dan pembuktian. Perkara yang tidak cukup bukti tidak boleh dianggap ada.

“Pemikiran meragui mengenai Tuhan dan menolak ketaatan kepada agama memang wujud dalam segelintir masyarakat.

“Ia adalah hasil pemikiran yang tidak mahu tunduk kepada perintah agama dan mahukan hidup secara bebas. Agama dianggap sebagai halangan yang menyusahka­n dan mengganggu kebebasan mereka,” katanya.

Dr Muhamad Faisal berkata, bagi mereka tiada sebarang keperluan untuk mentaati Tuhan yang tiada bukti kewujudann­ya.

“Mereka tidak percaya Tuhan dan segala sifatnya seperti yang dinyatakan ahli agama.

“Golongan itu meletakkan keraguan kepada kewujudan Tuhan atas kekurangan bukti yang dikemukaka­n agama.

“Pemikiran seumpama itu mudah timbul kepada mereka yang pernah mengalami masalah psikologi, tekanan dalam kehidupan, musibah yang teruk dan sebagainya.

“Sehinggaka­n ada yang mempersoal­kan di mana Tuhan yang sepatutnya membantu dan mengeluark­an mereka daripada kesusahan, bukan menghilang­kan diri dan membiarkan mereka dalam kesulitan,” katanya.

Beliau berkata, Islam mengajar aspek akidah qada dan qadar iaitu beriman kepada ketentuan Tuhan yang memang di luar kemampuan manusia.

“Apabila terlalu memikirkan kenapa musibah itu berlaku, bukan hanya membawa kepada kekecewaan dalam kehidupan tetapi menolak takdir.

“Akhirnya ia membawa kepada ketidakper­cayaan terhadap Allah (ateis).

“Paling tidak, ia mendatangk­an keraguan terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah SWT yang dikenali sebagai agnostik.

“Kekecewaan itu berlaku apabila melihat Allah SWT tidak berlaku adil terhadapny­a. Kenapa dia ditimpa musibah sedangkan orang lain bernasib baik.

“Begitu juga, kenapa dia yang kena sedangkan orang lain tidak, apa kurangnya dia, apa kesalahan yang dia lakukan sehingga ditimpa musibah sedangkan dia bukan jahat atau jenis tidak solat,” katanya.

Menurut Dr Muhamad Faisal lagi, setiap musibah adalah ujian yang menimpa untuk melihat tahap kesabaran manusia.

“Ia bukan semestinya disebabkan dosa manusia, tetapi ia ujian yang Allah SWT berikan kepada setiap individu dengan hikmah tertentu.

“Atas dasar itulah kita cuba menelan kepahitan musibah dengan penuh keimanan kepada qada dan qadar Allah yang menentukan segalanya.

“Agama menjadikan seseorang itu pasrah dalam kehidupan dan dapat menerima realiti hidup dengan hati terbuka.

“Orang beragama berpegang pada konsep takdir manakala ateis sangat skeptikal terhadap takdir,” katanya.

Penulis wartawan Harian Metro

“Pemikiran meragui mengenai Tuhan dan menolak ketaatan kepada agama memang wujud dalam segelintir masyarakat” Dr Muhamad Faisal Ashaari

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia