Harian Metro

Lanjutan arus perdana

 Peluang penghafaz al-Quran lanjut pelajaran dalam bidang profesiona­l

- Siti Salmiah A Hamid news@nstp.com.my

Peluang terbuka luas buat penuntut tahfiz jika ingin menyambung pelajaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Ia susulan penggubala­n Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang membuka peluang kepada penghafaz al-Quran serta digabungka­n dengan pendidikan konvension­al di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penuntut tahfiz akan meneruskan proses pendidikan lanjutan secara arus perdana untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan hafazan.

“Mereka diberi peluang melanjutka­n pelajaran dalam bidang profesiona­l, tetapi harus kekal dengan pembelajar­an hafazan yang berterusan sepanjang pengajian.

“Bahkan, mereka turut berpeluang melanjutka­n pendidikan di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang menawarkan kursus kemahiran,” katanya pada sidang media Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan 2018 di Hotel Putra di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Pusat Penyelidik­an al-Quran (CQR) Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Datuk Othman Mustapha.

Konvensyen berkenaan menghimpun­kan seramai 100 peserta terdiri daripada pengetua maahad tahfiz al-Quran negeri, pensyarah institusi pendidikan al-Quran dan pegawai terbabit untuk berkongsi pengalaman, sekali gus mencari penyelesai­an berkaitan isu pendidikan tahfiz al-Quran.

Pada majlis itu, Jamil Khir turut melancarka­n Kamus Braille yang dihasilkan menerusi kerjasama antara Darul Quran JAKIM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) penglihata­n.

Menurut beliau, prospek dan peluang berkenaan membolehka­n pelajar tahfiz bukan saja memiliki kerjaya luas dalam bidang keagamaan, bahkan mendedahka­n mereka dengan peluang pekerjaan profesiona­l.

“Mereka mungkin akan bekerja dalam bidang kehakiman, kejurutera­an atau kesenian, tetapi di dalam diri, mereka adalah penghafaz al-Quran.

“Jika kerangka ini dapat dijalankan dengan baik, saya yakin seramai 125,000 tahfiz muda mampu direalisas­ikan menjelang 2050 seiring dengan aspirasi TN50,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabang­sa) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Dr Mohamad Kamal Harun mengalu-alukan kerjasama erat antara Darul Quran JAKIM dan institusi pendidikan itu.

“Bermula September depan, pelajar jurusan tahfiz Darul Quran berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda bergantung kepada bidang pengajian yang dipilih.

“Pihak Darul Quran dan kita sendiri akan memastikan hafazan pelajar dijalankan berterusan dengan dipantau pensyarah atau guru lantikan Darul Quran sendiri,” katanya.

 ??  ?? JAMIL Khir menandatan­gani plak pelancaran buku Perkembang­an Pendidikan Tahfiz: Darul Quran Perintis Dinamik dan Kamus Braille sempena Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018.
JAMIL Khir menandatan­gani plak pelancaran buku Perkembang­an Pendidikan Tahfiz: Darul Quran Perintis Dinamik dan Kamus Braille sempena Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia