Harian Metro

Kerja keras berbaloi

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Siapa sangka, selebriti yang dahulunya hanya dipandang sebelah mata kini berjaya melakar kecemerlan­gan bukan hanya dalam bidang nyanyian tetapi juga lakonan.

Anak kelahiran Melaka, Ayda Jebat sudah boleh tersenyum melihat kanvas seni yang penuh warna selepas mengharung­i ranjau berliku. Wanita berusia 26 tahun ini lega usahanya membuahkan hasil.

Awal pembabitan, semuanya serba tidak kena. Tersingkir pada minggu ketiga pertanding­an Akademi Fantasia musim kesembilan, Ayda tidak pernah terfikir bakatnya akan diterima umum.

“Dulu saya bermula dengan Akademi Fantasia sebab mahu jadi penyanyi. Namun, susah untuk tempatkan diri. Lepas itu, saya buat keputusan jadi pelakon. Ketika itu saya pasang azam kalau berjaya dalam bidang lakonan saya mahu cuba hasilkan lagu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia