Harian Metro

Misi pikat 150 wanita

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pelakon JC Chee dicabar pengarah Jack Lee untuk melakukan latihan memikat sekurang-kurangnya 150 wanita di beberapa pasar malam di Taiwan selama sebulan.

Cabaran itu susulan daripada dia perlu membawa watak seorang kaki perempuan bernama Hao Wen untuk filem terbaru berjudul My Surprise Girl: Cinta Bidadari arahan Jack yang bakal ditayangka­n 5 April ini.

“Saya bukanlah kaki perempuan seperti watak yang saya lakonkan itu. Namun, saya perlu ‘berlatih’ memikat wanita di pasar malam untuk dapatkan nombor telefon mereka.

“Setiap hari saya perlu mendapatka­n sekurang-kurangnya lima nombor telefon daripada wanita berbeza selama sebulan,” katanya.

Pelakon yang dikenali menerusi watak Tauke dalam filem Ola Bola pada 2016 ini berkata, ia sebahagian daripada cabaran yang harus dilakukan bagi menghidupk­an sesuatu watak.

Katanya, pada peringkat awal dia mengalami kesukaran untuk mendapatka­n nombor telefon mereka, termasuk ‘ditolak’ mentahment­ah, tetapi dari situlah dia belajar untuk memikat wanita.

Bagi memastikan setiap wanita yang ditemui tidak salah anggap, dia akan menerangka­n kepada mereka bahawa ia salah-satu latihan yang perlu dilakukann­ya untuk menjiwai watak sebagai seorang kaki perempuan.

Selepas menjelaska­n objektif latihan itu, barulah kebanyakan mereka faham dan memberi kerjasama yang baik.

Dalam filem itu, JC digandingk­an dengan Emily Kong yang membawakan watak bekas teman wanitanya manakala pelakon kanakkanak, Debbie Loo memegang watak sebagai anak perempuann­ya.

Dia juga pertama kali diberi kepercayaa­n membawa watak seorang bapa, namun perkara itu tidak sukar kerana dia seorang yang sukakan kanak-kanak.

“Walaupun belum berkahwin dan mempunyai anak, ia tidak menjadi masalah kerana saya sering meluangkan masa dengan dua anak saudara pada hujung minggu.

“Cuma untuk mendapatka­n keserasian dengan Debbie yang memegang watak anak saya, saya ambil pendekatan jarakkan hubungan kami pada peringkat awal supaya ia nampak lebih semula jadi. Ini kerana dalam filem ini watak kami tidak pernah bertemu sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, anak jati Chuping, Perlis ini mencipta kejutan apabila melakonkan aksi menghairah­kan dalam filem Get Hard: Tongkat Ali Kasi Keras, awal bulan ini.

My Surprise Girl: Cinta Bidadari menjalani penggambar­an sepenuhnya di Kenting, Taiwan tahun lalu.

Ia mengisahka­n Hao Wen, seorang lelaki kaki perempuan yang meminati sukan luncur air.

Dia juga seorang yang tidak suka terikat dengan komitmen perkahwina­n dan tiba-tiba Hao Wen dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Xiao Feng yang mengakui lelaki itu sebagai bapanya.

JC Chee

sahut cabaran pengarah My Surprise Girl: Cinta

Bidadari

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia