Harian Metro

Aksi selebriti dan anak

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kejayaan beberapa siri program realiti membabitka­n anak selebriti yang ditayangka­n di saluran Astro Ria sebelum ini membawa kepada penerbitan program baru Oh My Family! (OMF)

Berbeza dengan sebelumnya, program itu menggabung­kan lima keluarga selebriti popular terdiri daripada Datuk

Aaron Aziz bersama anak ketiganya Dahlia Arissa,

Rita Rudaini (Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna), Aziz M Osman (Ara), Azad Jasmin (Amarra Sofea Rose) dan Datuk Fazley Yaakob (Payish, Piyash dan Piyush).

Program yang memulakan siaran bermula 11 April itu bakal ditayangka­n di slot eBu di saluran Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ceria (611).

Penolong Naib Presiden Gen Next Astro Razlin Irawati Johar berkata, penerbitan OMF adalah yang paling meriah dan menghiburk­an untuk tontonan seisi keluarga.

Menurutnya, program realiti kali ini memaparkan pengisian istimewa apabila memberi cabaran berbeza kepada anak setiap selebriti terbabit. Ia sekali gus menjadikan OMF nampak lebih semula jadi dengan pelbagai aksi spontan dan bersahaja.

“Program ini membabitka­n lima selebriti bersama anak masing-masing. Selebriti dan pasangan turut diminta beraksi bagi membantu anak mereka menyelesai­kan misi serta cabaran diberikan. Perkara ini menjadikan suasana cukup meriah dan kecoh dengan pelbagai keletah.

“Apa yang menarik, cabaran diberikan adalah yang pertama kali dibuat anak selebriti terbabit. Dari situ, dapat disaksikan sisi berbeza anak selebriti yang ibu bapa mereka juga tidak pernah dilihat sebelum ini. Secara tidak langsung, OMF memberi peluang kepada selebriti mengenali dan memahami sisi lain anak mereka,” katanya.

Razlin berkata, sambutan menggalakk­an daripada penonton membabitka­n program kanak-kanak antara alasan utama pihaknya menerbitka­n OMF.

Pada masa sama, pemilihan nama program dan artis terbabit antara tarikan program OMF.

Aaron menyifatka­n anaknya, Dahlia seorang yang mesra kamera dan mudah menerima arahan daripada sesiapa.

“Berbanding abang dan kakaknya, Dahlia memang lebih suka ke depan. Jadi, apabila saya beritahu mengenai program ini dia memang suka. Malah, ketika dimaklumka­n dia perlu melakukan beberapa tugasan, dia jawab okey dan tidak ada masalah.

“Cuma, ada beberapa perkara yang dia tidak pernah buat sendiri. Namun, dia tetap yakin boleh buat. Bagi saya, ini satu pengalaman baru untuknya begitu juga saya yang kena membantu terutama cabaran menaiki kenderaan awam seperti LRT,” katanya.

Sementara itu, Fazley memuji kreativiti pihak penerbitan yang mengetenga­hkan program berkonsepk­an ‘happy family’ bagi tontonan seisi keluarga.

“Orang memang tahu pembabitan saya dalam bidang kulinari, tetapi kalau nak tahu saya tidak mendedahka­n anak dengan pisau sebenar. Jadi, apabila mereka diberi cabaran untuk menyediaka­n masakan sempena hari jadi saya, ia sangat membimbang­kan.

“Kemudian anak saya diberi cabaran mencangkul. Mereka membesar di bandar jadi tidak pernah tahu kewujudan dan kegunaanny­a. Pendedahan ini bagus untuk mereka,” katanya.

Begitu juga dengan

Rita, cabaran diberikan kepada dua anak lelakinya membuatkan dia tidak senang duduk kerana mereka tidak pernah ditinggal seorang diri di rumah.

“Cabaran untuk anak saya mereka perlu mengemas dan membersihk­an rumah. Jadi sepanjang penggambar­an saya tidak berada di rumah. Memang risau sebab memikirkan hasil keadaan rumah selepas menyelesai­kan cabaran diberikan.

“Selain itu, mereka juga kena buang tahi kucing yang tidak pernah mereka lakukan. Walaupun kucing di rumah milik mereka, segala urusan kucing berkenaan saya buat. Mereka pandai main saja,” katanya.

Oh My Family! bukan saja program hiburan dan tontonan keluarga, program ini menerapkan pengajaran dan nilai positif dalam diri setiap anak selebriti menerusi cabaran diberikan.

Paling penting juga, cabaran dan tugasan itu mampu meningkatk­an kemahiran hidup, membina keyakinan diri dengan berinterak­si bersama masyarakat, berdikari, menghargai ahli keluarga dan banyak lagi.

Oh My Family!

papar sisi berbeza tidak pernah dilihat sebelum ini walaupun

tinggal serumah

 ?? FOTO: ?? SELEBRITI yang terbabit dalam program Oh My Family!.
FOTO: SELEBRITI yang terbabit dalam program Oh My Family!.
 ??  ?? AZAD bersama isteri dan anak.
AZAD bersama isteri dan anak.
 ??  ?? KELUARGA Fazley.
KELUARGA Fazley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia