Harian Metro

Menjenguk pondok bantan

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Meskipun penduduk Muslim hanya 10 peratus di Thailand, Islam di negara itu tetap subur.

Pengaruh agama dapat disebarkan secara meluas menerusi sekolah pondok yang dibuka ulama di negara terbabit demi mengembang­kan syiar Islam.

Pondok Bantan di wilayah Nakhon Si Tammarat, Thailand, antara sekolah pondok di wilayah berkenaan yang kini menjadi pusat perkembang­an dan pendidikan Islam terbesar di situ.

Pondok ini diasaskan ulama, Tok Guru Yaakob Pitsuwan Abdul Rauf yang mendapat pendidikan di Patani dan Makkah.

Beliau ialah datuk kepada tokoh negarawan terkenal bukan saja di Thailand tetapi rantau ASEAN, Allahyarha­m Tan Sri Dr Surin Pitsuwan.

Selain itu, Dr Surin juga adalah bekas Menteri Luar Thailand dan Setiausaha ASEAN yang meninggal dunia pada November tahun lalu akibat sakit jantung.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia